Khamis, 5 Januari 2017

10 Sebab Utama Orang Tidak Memberi Persepuluhan

Persepuluhan adalah satu disiplin rohani yang diamalkan oleh ramai orang Kristian. Dalam bentuk yang paling ringkas, ianya bererti memberi kembali kepada Tuhan 10 peratus daripada pendapatan anda. Saya telah mengamalkannya selama bertahun-tahun sebagai sebahagian daripada pemberian biasa saya. Saya memberi lebih daripada persepuluhan kepada gereja tempatan saya dan selepas itu saya juga memberi kepada perkara-perkara yang lain. 

Bagaimanapun dalam pelayanan saya selama 35 tahun, saya telah memperhatikan 10 sebab biasa yang diberikan orang untuk tidak memberi persepuluhan. Saya senaraikan di bawah dengan satu jawab balas untuk setiap sebab itu.

1. Semuanya saya punya sebenarnya. Mengapakah saya harus memberi?

Jawab Balas: Segala yang kita punya adalah sebenarnya milik Tuhan (Maz 50:10, Maz 24:1)

2. Saya memberi ke tempat lain.

Inilah orang yang menganggap pemberiannya kepada tujuan sekular, untuk masanya atau membayar untuk yuran persekolahan Kristian anaknya sebagai persepuluhannya.

Jawab Balas: Adakah perkara-perkara yang berkisarkan tujuan-tujuan Allah menjadi bahagian besar daripada pemberian anda?

3. Persepuluhan tidak ada dalam Perjanjian Baru.

Inilah salah satu sebab yang paling sering diberikan.

Jawab Balas: Apabila Yesus menggenapi Taurat, Dia tidak menurunkan tahap kerohanian. 

4. Tuhan akan membekalkan melalui orang lain.

Orang ini percaya orang lain akan memberi untuk menyokong matlamat Kristus dalam gereja mereka.

Jawab Balas: Tuhan memilih menyalurkan sumber-Nya melalui semua orang-orang percaya.

5. Pemberian saya kecil sahaja.

Jawab Balas: Jangan memandang rendah saiz sesuatu pemberian (ingat kisah janda miskin dalam Markus 12:41-44).

6. Saya tidak percaya pastor-pastor.

Ini dapat difahami oleh kerana beberapa pastor yang berprofail tinggi yang menyalahgunakan kewangan Tuhan.

Jawab Balas: Jika anda memimpin sesebuah gereja, pastikan anda laksanakan tahap pengurusan dan pertanggunganjawab yang tertinggi. 

7. Saya hanya memberi kepada projek yang saya suka.

Inilah orang yang suka menguasai yang hanya memberi kepada projek-projek yang dia salurkan wang. Sebilangan orang dalam kategori ini juga menahan pemberian mereka kepada gereja sebab mereka tidak mendapat kemahuan mereka.

Jawab Balas: Percayakan kepimpinan gereja untuk mengurus kewangan Tuhan dengan bijak. 

8. Saya tidak ada kuasa atas kewangan saya. Suami/isteri saya yang berkuasa.

Dalam kes ini (dan selalunya isteri yang di dalam kedudukan ini), suaminya menguasai kewangan, dan walaupun isteri ingin memberi, suami itu melarang.

Jawab Balas: Bertenanglah dalam Tuhan. Dia mengenali hati anda. 

9. Saya akan memberi persepuluhan apabila saya berkecukupan.

Penyelidikan menunjukkan yang sebaliknya dari apa yang kita sangka, semakin banyak pendapatan seseorang, peratusan yang semakin kecil yang diberikannya.

Jawab Balas: Jika anda menunggu, anda mungkin tidak akan pernah memberi. 

10. Saya takut melakukannya.

Orang-orang ini secara jujur takut apa yang akan berlaku pada mereka dan keluarga mereka jika mereka memberi.

Jawab Balas: Melangkahlah dengan iman dengan pengetahuan bahawa Tuhan berjanji untuk memenuhi keperluan anda. 

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Outreach Magazine bertajuk, "The Top 10 Reasons People Don't Tithe" yang ditulis oleh Charles Stone bertarikh 3 Januari 2017)