Khamis, 5 Januari 2017

Tahukah Anda... Bahasa-Bahasa Ibunda Utama Di Dunia Dan Bilangan Penuturnya?


Terdapat sekurang-kurangnya 7,102 bahasa hidup yang dikenali di dunia pada hari ini. Dua puluh tiga daripada bahasa-bahasa ini adalah bahasa ibunda bagi lebih 50 juta orang. 23 bahasa itu merupakan bahasa ibunda untuk 4.1 bilion orang. Kami mewakilkan setiap bahasa dengan sempadan hitam dan kemudian berikan bilangan penutur bahasa ibunda (dalam juta) bagi setiap negara. Warna negara-negara itu menunjukkan bagaimana bahasa-bahasa telah berakar di banyak rantau yang berbeza. 

Satu peta yang baru memberi kita cara yang mudah untuk membayangkan bagaimana bahasa-bahasa telah bertumbuh sambil pengaruh-pengaruh budaya, ekonomi dan agama tersebar di dunia. 

Menurut data dalam peta grafik ini, penyebaran bahasa-bahasa mengikut rapat dengan pola migrasi manusia, penjajahan dan pengaruh keagamaan. Orang-orang Rum telah menyebarkan penggunaan Latin melingkupi Eropah dan dataran Mediterranea sambil empayar mereka berkembang. Latin sudah tidak lagi menjadi bahasa yang biasa digunakan tetapi ianya masih merupakan asas untuk banyak bahasa yang paling sering dipertuturkan. 


Empayar British telah menjadikan Bahasa Inggeris bahasa yang global seperti pada hari ini.

Sejumlah 335 juta orang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda mereka; 225 juta daripada mereka di Amerika Syarikat. Bahasa Inggeris dipertuturkan di 110 negara, lebih daripada mana-mana bahasa lain. 

Sejarah penjajahan Sepanyol di Amerika Latin telah juga meninggalkan legasi linguistik yang kuat. Bahasa Sepanyol adalah bahasa ibunda di 35 negara dan dipertuturkan oleh 399 juta orang sebagai bahasa pertama. 

Kunci: SV (El Salvador), GT (Guatemala), NI (Nicaragua), PA (Panama), UY (Uruguay)

Bahasa Arab juga merupakan bahasa yang telah tersebar secara meluas. Ianya telah tersebar secara meluas dengan penaklukan oleh tentera-tentera Islam pada abad ketujuh Tahun Masihi, sambil Islam muncul sebagai sebuah kuasa agama dan politik yang baru. 

Tetapi bahasa apakah yang paling biasa digunakan? Ianya Bahasa Cina, yang mempunyai bilangan penutur yang jauh lebih besar.

Kunci: MM (Myanmar), MO (Macau), PH (Filipina), SG (Singapura), TH (Negara Thai), VN (Vietnam)

Pelbagai dialek China adalah bahasa ibunda untuk lebih 1 bilion orang. Kebanyakan mereka tinggal di Tanah Besar China terdapat penutur-penutur Bahasa Cina di serantau Asia. 

Dengan dunia sekali lagi menyaksikan pergerakan manusia secara beramai-ramai, pola-pola bahasa akan lebih berubah lagi. Tetapi bahasa-bahasa yang paling popular kelihatan kemungkinan akan terus menjadi yang paling popular, sekurang-kurangnya pada jangka pendek. 

Jadi, apakah bahasa-bahasa yang sedang dipelajari orang? Daripada pelajar-pelajar yang ditinjau, 1.5 bilion sedang mempelajari Bahasa Inggeris, dan 126 juta lagi sedang mempelajari samada Bahasa Perancis, Cina atau Sepanyol. 


- Semua imej dalam artikel ini dari South China Morning Post.

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel World Economic Forum bertajuk, "Which Languages Do Most People Want To Learn?" yang ditulis oleh Simon Torkington bertarikh 8 Ogos 2016)