Khamis, 5 Januari 2017

Lauren Daigle Nyanyi Lagu "Trust In You" Di Rancangan "Good Morning America"

Lauren Daigle menyampaikan lagu "Trust In You" di rancangan "Good Morning America"

Penyanyi Kristian Lauren Daigle membawa Injil ke tengah-tengah Bandaraya New York pada pagi Khamis, menyampaikan lagu hitnya, "Trust In You" di rancangan ABC Good Morning America

Daigle telah mengecapi kejayaan yang mengkagumkan dalam masa dua tahun lepas, dengan album penuh sulungnya, How Can It Be, berada selama enam minggu di tempat No. 1 di carta Billboard untuk Album Kristian Terbaik setelah dilancarkan pada April 2015. 

Dia juga telah melancarkan album Krismas 2016 bertajuk, Behold: A Christmas Collection, yang juga berprestasi baik.



Daigle memberitahu Billboard bulan lepas bahawa dia kini sedang menulis dan bersiap untuk albumnya yang akan datang, dan menambah bahawa fokusnya adalah untuk terus kekal dengan apa yang Tuhan inginkan untuk muziknya dan karirnya. 

"Saya mahu menjadi pengatur yang baik dan pastikan apa yang di hati saya adalah apa yang Tuhan inginkan, dan selepas ianya disiapkan dan dilancarkan, pada tahap itu terserahlah kepada Tuhan dan apa yang Dia ingin lakukan di hujungnya," katanya. "Saya secara jujur merasa sukacita tidak mengetahuinya."  

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Charisma News bertajuk, "Lauren Daigle Stuns 'Good Morning America' With Worshipful Performance" bertarikh 4 Januari 2017)