Rabu, 4 Januari 2017

Kempen Bayar Ke Hadapan Satu Kejayaan

Pengasas bersama Debra Leong (kiri) dan Desonny memeriksa kupon-kupon di dinding
Bayar Ke Hadapan di Charlie's Cafe. - Foto The Sun oleh Amirul Syafiq

KUALA LUMPUR: Kempen Hidangan Bayar Ke Hadapan yang telah dilancarkan 18 bulan yang lepas telah menjadi satu kejayaan besar di luar dugaan untuk Charlie's Cafe di Taman Bukit Desa. 

Diilhamkan oleh restoran Rosa's Pizza di New York, ianya membenarkan para pelanggan untuk membeli hidangan untuk orang-orang yang kurang mampu dengan membayar jumlah minima RM5 untuk melekatkan resit ke dinding Bayar Ke Hadapan di kafe itu, di mana mereka yang memerlukan boleh datang dan gunakan sebagai baucar makanan. 

Sambil mengatakan bahawa rakyat Malaysia sebagai lebih bersifat "memberi" daripada mengambil, pengasas dan pemilik kafe Desonny Tuzan mengakui bahawa sambutan baik daripada para pelanggan, baik pelanggan tetap dan yang mengunjungi sekali saja telah memaksanya untuk memastikan dinding baucar "yang hampir penuh" bernilai beribu ringgit dikosongkan sebelum lebih banyak baucar dilekatkan ke dinding itu.

"Sambutannya menakjubkan dari segi "memberi" sebab ramai orang yang rela menderma untuk tujuan-tujuan seperti ini. 

"Dengan berita mengenai kempen ini disebarkan oleh pelanggan-pelanggan tetap dan orang-orang yang memberi sokongan melalui media sosial, cek dan sumbangan tanpa nama akan dihantar ke kedai kami dari masa ke masa." dia memberitahu The Sun. 

Desonny, 42 tahun, yang dikenali ramai sebagai "Uncle Sonny" berkata meskipun kafe itu telah bekerjasama dengan ramai sukarelawan dan banyak organisasi untuk membawa makanan kepada mereka yang tiada tempat tinggal dengan kadar lebih besar, jumlah baucar masih terus bertambah.

Oleh itu, lelaki kelahiran Sabah itu menggalakkan lebih ramai sukarelawan untuk tampil ke hadapan untuk memastikan baucar-baucar hidangan itu dapat digunakan. 

"Baru-baru ini, terdapat sekumpulan individu muda yang menganjurkan sesi memberi makan kepada orang-orang yang miskin dengan menggunakan baucar Bayar Ke Hadapan kafe. 

"Mereka telah menghantarkan kami gambar-gambar acara mereka, yang kami muatkan dalam laman Facebook kami. Bagi saya, itu memberi kepuasan," katanya.

Manakala Desonny tidak menolak permintaan untuk acara-acara amal, dia mengakui bahawa dia perlu berusaha mengimbangi kesinambungan kafe itu dengan urusniaga hariannya.  

"Bersama dengan isteri saya Debra (Leong), saya hanya ada dua pekerja dapur untuk bertugas enam hari seminggu. Berdasarkan pengalaman lampau, saya lebih selesa menjalankan acara dengan bilangan 20 hingga 30 orang pada satu-satu masa sebab saya perlu peka dengan jangkaan dan permintaan mereka," katanya. 

Sementara itu, pelanggan tetap K. Y Lim, 55 tahun, berkata dia gembira membantu kafe itu kerana apa yang mereka lakukan adalah untuk tujuan yang baik.

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel The Sun Daily bertajuk, "Pay It Forward Drive A Success" yang ditulis oleh G. Surach bertarikh 2 Januari 2017)