Grafik: Church Leaders |
Kita sekarang sudah menamatkan setahun lagi - tahun kemenangan untuk sebahagian orang dan kekalahan bagi yang lain. Seperti setiap tahun untuk beberapa tahun yang lepas, saya menyaksikan pada 2015, lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin gereja jatuh dalam jerat pornografi. Saya ingin sekali 2016 adalah tahun dengan tiada kawan-kawan yang akan terjatuh, tetapi saya ragu bahawa itu akan terjadi. Mungkin langkah-langkah yang disarankan ini untuk mengatasi pornografi akan setidak-tidaknya mengurangkan kadar kegagalan:
1. Akuilah kuasanya ke atas anda. Pornografi mempunyai kuasa yang unik ke atas orang, terutamanya yang lelaki. Sebelum ini saya telah menulis mengenai kuasa itu. Sehinggalah anda mengakui kuasanya - dan hakikat bahawa anda benar-benar tidak dapat mematahkan kuasanya secara sendiri - anda akan terus hidup dalam kekalahan.
2. Sedari harga tinggi yang perlu dibayar. Fikirkan saja - untuk kenikmatan singkat yang diberi oleh pornografi, harga yang perlu dibayar kemungkinan sangat tinggi. Perkahwinan yang runtuh. Pelayanan yang terhenti. Anak-anak terluka. Kadangkala, hukuman penjara dikenakan. Dan bagi orang Kristian, kesaksian untuk Injil dirosakkan. Harga yang perlu dibayar terlalu tinggi untuk kenikmatan beberapa saat.
3. Jangan salahkan orang lain. Saya membesar dalam rumah di mana pornografi boleh didapati, tetapi ianya bukan salah ibubapa saya jika saya membuat pilihan yang bodoh. Ianya bukan salah pasangan kita. Ianya bukan kesalahan media. Ianya bukan semata-mata tindakan balas terhadap stres di tempat kerja. Jika anda memilih untuk menggunakan pornografi, anda perlu memikul tanggungjawab untuk pilihan anda.
4. Fikirkan anak-anak dan cucu-cucu anda. Saya tidak mahu menjadi kanak-kanak atau remaja masa kini, terutamanya kerana akses yang segera kepada pornografi. Sudah cukup mencabar untuk mengelakkan godaan tanpa munculnya bahan-bahan yang tidak disangka di Facebook, emel, TV dan lain-lain. Apapun pornografi yang anda gunakan dalam hidup anda juga menambah kemungkinan anak-anak anda mengetahuinya, betapa kuat usaha anda cuba menyembunyikannya.
5. Mengembalikan komitmen kepada amalan-amalan rohani. Saya tahu bahwa ianya kedengaran terlalu mudah untuk mengatakan, "Anda perlu membaca Firman, berdoa, berpuasa dan bersekutu dengan orang-orang yang seiman," tetapi kesetiaan dalam amalan Kristian yang asas adalah amat penting untuk memperoleh kemenangan ke atas pornografi. Anda akan kurang kemungkinannya mencari pornografi apabila Tuhan begitu penting bagi anda sehingga pornografi hilang tarikannya.
6. Cari seorang rakan untuk pertanggunganjawab yang mengalami kemenangan ke atas godaan. Jika rakan anda untuk pertanggunganjawab juga kalah secara berterusan dalam pertempuran ini, anda berdua mungkin cuma memperbolehkan satu dengan lain. Perlu ada seorang yang pemenang dalam setiap hubungan pertanggunganjawab.
7. Lihat pelakon-pelakon yang tidak dikenali dalam pornografi sebagai orang-orang yang dicipta menurut imej Tuhan. Itulah siapa mereka sebenarnya. Mereka adalah anak lelaki atau perempuan kepada orang lain. Mereka telah dicipta menurut imej Tuhan walaupun imej itu telah dicalar dengan dosa. Untuk menganggap mereka sebagai objek yang tidak dikenali untuk kenikmatan anda adalah tidak menghormati imej Tuhan pada mereka.
8. Ambil apa saja langkah drastik yang anda perlu untuk menjauhkan godaan. Yesus menggunakan bahasa kiasan yang berlebih-lebihan untuk menyampaikan mesejnya, tetapi Dia memberitahu kita untuk melakukan apa saja yang perlu untuk menjauhkan godaan; jika kita perlu mencabut biji mata kita atau memenggal tangan kita, itulah yang kita harus lakukan (Matius 5:29-30). Pindahkan komputer anda ke tempat yang umum. Tambahkan saring (filter), dan berikan orang lain kata kuncinya. Jika perlu, jangan miliki lagi telefon atau komputer. Dapatkan bantuan seorang kaunselor. Lakukan apa saja yang perlu - itulah yang Yesus katakan.
9. Bersyukur kepada Tuhan setiap hari untuk kemenangan. Sebenarnya, ucaplah syukur kepada Tuhan untuk setiap detik kemenangan. Anda langsung tidak akan menang jika bukan kerana kasih karunia dan kuasa Tuhan.
10. Jangan pernah anggap anda telah menang sepenuhnya. Musuh kita yang ingin membaham kita (1 Petrus 5:8, AVB) adalah lebih pintar daripada itu. Sekali anda memikirkan bahawa anda telah menang pertempuran ini sekali untuk selamanya, anda membukakan pintu baginya. Berjalan dalam kemenangan tetapi terus berjaga-jaga.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Church Leaders bertajuk, "10 Steps To Win Over Pornography" yang ditulis oleh Chuck Lawless bertarikh 5 Januari 2016)