Sabtu, 10 Februari 2018

Bagaimana Ike dan Billy Graham Telah Lahirkan Tradisi National Prayer Breakfast


The National Prayer Breakfast (Doa Sarapan Kebangsaan) adalah tradisi Amerika yang semakin berkembang setiap tahun.

Presiden Dwight (Ike) Eisenhower telah menghadiri sarapan pertama pada 1953, yang telah memulakan tradisi bagi setiap presiden selepas itu. 

Walaupun Ike seorang yang beragama yang memegang iman Kristiannya dengan serius, Penginjil Billy Graham perlu menyakinkannya bahawa dia harus menghadiri sarapan itu. 

Tema pada tahun itu adalah "kerajaan di bawah Tuhan" dan diadakan di hotel milik usahawan Conrad Hilton. 

Pada pagi itu, Ike berucap kepada 400 orang di Washington di mana dia mengisytiharkan bahawa, "semua kerajaan yang bebas adalah didasarkan dengan kukuh dalam iman agama yang dipegang erat." 

Semasa tempohnya sebagai presiden, Eisenhower menyatakan dengan jelas bahawa iman adalah bahagian terutama dalam kejayaan Amerika dan memberitahu para wartawan, "Kerajaan kita tiada arah kecuali ianya didasarkan pada iman agama yang dipegang erat." 

Tidak lama selepas dia dipilih menjadi Presiden, dia memberitahu Rev Graham bahawa Amerika perlukan satu pembaharuan rohani menurut theconversation.com.

Di bawah kepimpinan Eisenhower kata-kata "In God We Trust" telah ditambah ke matawang Amerika Syarikat dan frasa kata "under God" telah ditambahkan kepada Pledge of Allegiance (Sumpah Kesetiaan). 

Dan tambah lagi dengan National Prayer Breakfast, Ike telah meninggalkan satu legasi Kristian yang hebat. 

400 orang yang telah mendengar ucapannya di doa sarapan tersebut 65 tahun yang lalu telah berkembang menjadi kira-kira 4,000 orang hari ini - belum lagi disebut ribuan rakyat Amerika yang menonton melalui televisyen dan media sosial.

(Diterjemahkan daripada artikel CBN News bertajuk, "How Ike And Billy Graham Birthed National Prayer Breakfast Tradition" yang ditulis oleh Jennifer Wishon bertarikh 8 Februari 2018)