Ahad, 11 Februari 2018

Tahukah Anda... Bila Ungkapan "In God We Trust" Mula Tertera Pada Wang Amerika?


"In God We Trust" adalah cogan kata rasmi Amerika Syarikat. Ianya telah diterima pakai pada 1956 sebagai ganti kepada cogan kata tidak rasmi E Pluribus unum yang telah diterima pakai apabila Cop Mohor Amerika Syarikat dicipta dan diterima pakai pada 1782.

"In God We Trust" telah pertama kali muncul pada syilling 2 sen pada 1864 dan mula muncul pada mata wang kertas sejak 1957.

Frasa "In God We Trust" telah muncul
pertama kalinya dalam syiling
2 sen pada tahun 1864

Satu undang-undang yang telah diluluskan melalui satu Usul Bersama oleh Kongres Amerika (P. L. 84-140) dan telah diluluskan oleh Presiden Dwight Eisenhower pada 30 Julai, 1956, mengisytiharkan bahawa "In God We Trust" mestilah tertera pada mata wang Amerika.

Frasa itu pertama kali digunakan atas wang kertas pada 1957, apabila ianya muncul dalam satu sijil perak satu dolar. Mata wang kertas pertama memaparkan frasa itu mula diedarkan pada 1 Oktober 1957. Kongres ke-84 kemudiannya meluluskan perundangan (P.L. 84-851), yang juga telah ditanda tangani oleh Presiden Eisenhower pada 30 Julai 1956, mengisytiharkan frasa itu sebagai cogan kata nasional.

Sejak waktu itu, semua matawang Amerika Syarikat memaparkan kata-kata "In God We Trust."

Dalam bentuk kertas:


Dalam bentuk syilling:


(Diterjemahkan daripada artikel Wikipedia bertajuk "In God We Trust" diperolehi pada 11 Februari 2018)