Secara permukaannya, X-mas kelihatan seperti takrifan "mengeluarkan Kristus daripada Krismas`" Ianya secara literal menggantikan namanya dengan X. Tetapi apabila difahami dengan betul, ianya adalah lebih seperti menggunakan "JFK" untuk merujuk kepada John F. Kennedy dan bukannya mengeluarkan rujukan kepada Yesus daripada perayaan hari jadinya.
Ketika X Bukanlah Sebenarnya X
Bahagian pertama untuk memahami dari mana datangnya X-mas adalah menyedari bahawa huruf yang digunakan dalam kata singkatan itu bukanlah sebenarnya huruf Inggeris "x." Ianya adalah huruf Yunani chi dan merupakan huruf pertama untuk Kristus.
Dalam bahasa Yunani, Kristus ditulis begini: Χριστός
Oleh kerana itu, X telah digunakan sebagai singkatan untuk Kristus amat awal dalam Kekristianan.
Yang sering disebut simbol Ikan untuk Yesus datang dari akronim yang menyelitkan X sebagai simbol untuk Kristus. ΙΧΘΥΣ adalah perkataan Yunani untuk ikan, tetapi orang-orang Kristian yang awal menggunakannya sebagai kata singkat untuk "Yesus Kristus, Allah Anak, Juruselamat."
Pada 27 Oktober, 312 Tahun Masihi, Constantine, dalam satu pertempuran sengit dengan Maxentius untuk menguasai Empayar Rum, mendakwa menerima suatu penglihatan yang mengarahkan dia untuk menandakan perisai askar-askarnya dengan satu tanda untuk Kristus.
Constantine menggandingkan dua huruf pertama Yunani untuk Kristus menjadi XP atau tanda chi-rho sebagai simbol untuk Yesus.
Simbol Chi-rho |
"Constantine mengarahkan askar-askarnya melakarkan huruf-huruf itu pada perisai mereka sebelum Pertempuran di Jambatan Milvian, di mana kemenangannya telah membawa kepada penubuhan sebuah empayar Kristian yang tidak disangka," begitu ditulis oleh Matthew Schmitz di First Things.
"Oleh itu jauh sekali daripada merupakan simbol sekularisme, Xmas membawa gema suatu pertempuran yang telah mengasaskan kerajaan politik Kristian.
Sejarah Panjang X-Mas
Penggunaan pertama X dalam satu kata singkatan untuk Krismas telah bermula sejak awal lagi oleh seorang ahli kitab Anglo Saxon pada 1021, yang telah menulis "XP" sebagai kata singkatan.
Webster's Dictionary of English Usage mengisahkan beberapa variasi "Xtian" yang telah digunakan sebagai singkatan untuk Kristian sejak 1400an.
X telah menjadi begitu berkaitan dengan Kristus sehingga sekumpulan orang Yahudi yang tidak berpendidikan di Pulau Ellis tidak akan membuat tanda menggunakan huruf itu, menurut kisah yang disampaikan dalam Garner's Modern American Usage. Mereka sebaliknya memilih untuk menanda dengan O.
"Xmas," secara khususnya, telah muncul dalam surat-surat penulis-penulis seperti Lord Byron dan Lewis Carroll pada 1800an. Hakim Mahkamah Agung, Oliver Wendell Holmes telah menggunakannya pada 1923.
Selama bertahun-tahun, orang ramai akan membaca Xmas sebagai "Krismas."
"Terdapat sejarah yang panjang dan suci mengenai penggunaan X untuk melambangkan nama Kristus," begitu ditulis oleh ahli teologia, R.C. Sproul, "dan dari asalnya, tidak bermaksud untuk merendahkan."
Tetapi itu tidak menghentikan ramai pengikut Kristus dari melihat istilah itu secara negatif. Lebih dari 4 dalam 10 orang Kristian (42 peratus) mengatakan ianya menyinggung perasaan apabila orang mengatakan "X-mas" dan bukannya "Christmas," menurut satu kajian baru Lifeway Research.
Daripada merasa tersinggung, orang-orang Kristian boleh melihat seseorang menggunakan "X-mas" sebagai satu kesempatan Injil.
X Menandakan Tempat Untuk Injil
Orang ramai adalah terbuka kepada perbualan mengenai iman pada waktu musim perayaan ini. Mereka menjangka perbualan mengenai Kristus semasa Krismas.
Empat daripada sepuluh rakyat Amerika Syarikat yang tidak menghadiri gereja (41 peratus) berkata Krismas haruslah lebih mengenai Yesus.
Pada 2015, Lifeway Research mendapati 61 peratus orang Amerika biasanya menghadiri gereja pada waktu Krismas. Dan di kalangan mereka yang tidak menghadiri, 57 peratus mengatakan mereka kemungkinan akan menghadiri jika seseorang yang mereka kenal mengundang mereka.
Pada 2010, Lifeway Research menanya orang ramai bilakah mereka lebih terbuka untuk mempertimbangkan soal-soal iman. Krismas adalah jawapan yang paling sering diberikan. Hampir separuh (47 peratus) mengatakan bahawa mereka terbuka untuk berfikir mengenai iman semasa cuti perayaan ini.
Dengan orang-orang bukan Kristian bersedia untuk bercakap mengenai Yesus pada musim perayaan ini, seseorang yang menggunakan "X-mas" boleh membuka pintu untuk perbualan mengenai X itu.
Tanya samada mereka tahu bagaimana kata singkatan itu telah bermula. Katakan bagaimana X-mas masih menunjuk kepada Kristus. Ceritakan bagaimana orang-orang Kristian awal telah menggunakan ikan sebagai simbol.
Samada orang-orang lain menyedarinya atau tidak. X adalah peringatan mengenai siapa Yesus itu - Mesias yang telah diutus Allah dalam bentuk bayi yang sederhana pada Adven yang pertama, dan akan kembali lagi pada Adven yang kedua sebagai Raja yang mengatasi semua.
Anda mungkin tidak mahu gunakan X-mas secara peribadi, tetapi orang lain yang menggunakan kata singkatan itu boleh memberi anda kesempatan untuk berkata mengenai sejarah panjang orang-orang Kristian yang mengakui Yesus sebagai Kristus.
(Diterjemahkan daripada artikel Lifeway Facts & Trends bertajuk, "Why X-mas Actually Keeps Christ In Christmas" yang ditulis oleh Aaron Earls bertarikh 12 Disember 2018)