Khamis, 27 Disember 2018

11 Pokok Krismas Paling Menarik Dari Sekeliling Dunia

Semalam saya telah pos di blog mengenai pokok Krismas durian yang telah didirikan di Kuching. Hari ini kita lihat pokok-pokok Krismas yang menarik dari sekeliling dunia.

Vilnius, Lithuania

Reka bentuk yang berbeza tetapi menarik untuk pokok Krismas kebangsaan di Cathedral Square di Vilnius, Lithuania.

Paris, Perancis

Pokok Krismas yang terbalik, berukuran 25 meter menghiasi sebuah pusat membeli-belah Perancis, Galeries Lafayette.

Melbourne, Australia

Pokok Krismas ini dibina dari lebih setengah juta bata Lego. Menakjubkan!

New York, Amerika Syarikat

Acara pembukaan yang hebat pokok Krismas di Rockfeller Center di New York. Tradisional dan bergaya.

Tegucigalpa, Honduras

Oleh kerana saiznya dan keunikannya, pokok ini telah dimasukkan dalam Guiness Book of Records. Hampir 3,000 orang telah mengambil bahagian dalam membentuknya.

Gubbio, Itali

Penduduk Gubbio bertuah untuk dapat melihat pokok Krismas yang sungguh besar ini dari mana-mana tempat di kota mereka, reka bentuk yang cantik ini lebih daripada 650 meter tinggi. Ianya telah memasuki Guiness Book of Records pada 1991. 

Taipei, Taiwan

Ketinggian pokok yang benar-benar unik ini, yang diperbuat menggunakan lampu-lampu LED, adalah lebih kurang 36 meter. Sebulan sebelum cuti Krismas, pertunjukkan cahaya diadakan setiap setengah jam pada waktu malam.

Ri de Janeiro, Brazil

Rio berbangga dengan pokok Krismas terbesar di dunia - dengan ketinggian menakjubkan 82 meter. Ianya telah dibina di atas pelantar yang terapung di tengah tasik Lagoa. Setiap tahun, pokok itu dihiaskan dengan cara berbeza, dan pertunjukan cahaya dan bunga api juga diadakan mengikut tema tahunannya.

Washington, Amerika Syarikat

Inilah pokok Krismas kebangsaan di Amerika Syarikat. Untuk sampai di ibu kota, pokok itu perlu melalui perjalanan panjang dari Alaska, perjalanan lebih kurang 7,000 kilometer.

Byblos, Lebanon

Binaan setinggi tiga puluh lima meter ini terletak di pelabuhan tertua di dunia.

Turin, Itali

Pokok Krismas yang cantik dan unik ini terletak di Piazza Castello, Turin.


(Diterjemahkan daripada artikel Bright Side bertajuk, "The 11 Most Spectacular Christmas Tree From Around The World")