PETALING JAYA, 25 Dis - Para penyembah di Gereja Good News Fellowship di Kuching mendapat kejutan malam tadi selepas mereka disambut oleh sepohon pokok Krismas durian!
Pokok durian setinggi dua meter, yang telah dipasang oleh anggota-anggota gereja terdiri dari 200 biji durian, dilengkapi dengan lampu dan bintang di puncak pokoknya.
Menurut pengerusi penganjur majlis Krismas gereja, Lei Xian Yu, 11 anggota gereja telah mengambil 11 jam untuk mendirikan pokok itu yang diletakkan di atas dua pallet kayu.
Pokok itu terus menjadi tarikan di gereja itu dan di media sosial.
Selepas dipamerkan selama empat jam, pokok durian itu dibongkar dan dinikmati dengan cara di mana Raja Segala Buah itu harus dinikmati - dengan dimakan.
(Diterjemahkan daripada artikel Malay Mail bertajuk, "A Durian Xmas Tree? Ho Ho Ho, Yes Please!" yang ditulis oleh Chris Mohan bertarikh 25 Disember 2018)