Memaparkan catatan dengan label Sam Tee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sam Tee. Papar semua catatan

Isnin, 30 Mac 2020

Tiga Pesan Dari Uncle Button Di Tengah Wabak Covid-19


Saya suka video pendek Uncle Button ini. Pengumuman awam katanya. Untuk semua kanak-kanak (dan juga untuk ibu bapa) agar terus dalam keadaan selamat sepanjang wabak Covid-19.

Rabu, 6 Mac 2013

Kisah Sam Tee "Uncle Button" - Badut Dari Malaysia

Sam Tee atau lebih dikenali sebagai
"Uncle Button" - Badut dari Malaysia

Konvensyen Badut Sedunia WCA telah diadakan
buat pertama kali di rantau Asia baru-baru ini
di Kuching pada 25 Februari - 1 Mac 2013
(Foto: FB Uncle Button Clown Supplies)

Mungkin anda sudah mendengar bahawa Konvensyen Persatuan Badut Sedunia telah diadakan di Kuching baru-baru ini. Beratus badut yang menjadi anggota World Clown Association telah mengikuti konvesyen itu yang untuk pertama kalinya diadakan di rantau Asia. 

Selain mesyuarat rasminya, pelbagai bengkel, pertandingan dan acara menarik mengenai profesyen badut telah diadakan. Para badut juga telah mengambil bahagian dalam Hari Kemanusiaan yang julung-julung kali diadakan di mana mereka telah melawat dan menghiburkan para pesakit dan penghuni di hospital-hospital dan rumah-rumah kebajikan di sekitar Kuching pada 28 Februari.