Memaparkan catatan dengan label Tokoh Jurulatih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh Jurulatih. Papar semua catatan

Selasa, 30 Ogos 2022

Strategi Berhasil, Beregu Negara Raih Gelaran Pertama Juara Dunia - Rexy

Soh Wooi Yik dan Aaron Chia menang beregu lelaki
Kejohanan Badminton Dunia 2022 

Strategi itu berjaya!

Kemenangan 21-19, 21-14 ke atas juara dunia tiga kali, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia akhirnya menamatkan badi beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, untuk menawan kejuaraan dunia pada Kejohanan Badminton Dunia 2022, di Tokyo, pada Ahad.

Pencapaian itu menamatkan penantian 45 tahun peminat badminton tanah air untuk menyaksikan wakil negara meraih gelaran juara dunia, selain menjadi hadiah cukup istimewa kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2022 yang bakal disambut 31 Ogos ini.