Memaparkan catatan dengan label Shaunae Miller. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaunae Miller. Papar semua catatan

Rabu, 17 Ogos 2016

Shaunae Miller Menang Emas 400m: "Saya Tak Dapat Lakukannya Tanpa Tuhan"

Shaunae Miller terjun di garis penamat untuk memenangi emas 400m wanita di Olimpik Rio

Shaunae Miller memuji Tuhan selepas terjunannya melepasi garisan penamat untuk memenangi emas 400m wanita dengan perbezaan 0.07 saat.  

Atlet Kepulauan Bahamas itu mengatasi dengan tipis juara dunia Allyson Felix dari Amerika Syarikat pada hujung perlumbaan yang mengujakan. Selepas mendahului pesaing-pesaing lain sehingga bahagian akhir trek yang lurus, kaki Miller kelihatan mulai lemah dan Felix kelihatan akan memintasnya.