STOCKHOLM, 2 Feb - Para pekerja di sebuah syarikat berteknologi tinggi Sweden kini sedang menggunakan mikro cip radio-frequency identification (RFID) sebagai ganti kad pengenalan. Teknologi itu memberi kebenaran masuk kepada pekerja-pekerja yang sah ke dalam kompleks bangunan Stockholm Epicenter melalui pintu dan kepada mesin fotostat bangunan itu.
