Memaparkan catatan dengan label Tokoh Pengarang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh Pengarang. Papar semua catatan

Khamis, 27 Oktober 2022

Ahli Teologia Amerika-Kanada Yang Disayangi, Gordon Fee Meninggal Dunia Pada Usia 88


Sarjana dan ahli teologia Perjanjian Baharu yang terbilang, Gordon Fee telah meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Dia meninggal dunia pada hari Selasa, 25 Oktober, di rumahnya di New York City.

Selasa, 18 Oktober 2022

Kisah Hidup C.S. Lewis - Penulis "The Chronicles Of Narnia"


C.S. Lewis terkenal sebagai pengarang "The Chronicles of Narnia" tetapi tidak ramai orang yang mengenali kisah dalam hidup C.S. Lewis sendiri. Inilah kisahnya: 

"Saya tinggi, gemuk, agak botak, dengan wajah kemerah-merahan, dagu berlapis, berambut hitam dan mempunyai suara yang dalam, dan memakai cermin mata untuk membaca," Clive Staples Lewis telah menulis kepada seorang peminat muda pada 1954. Jika pengarang yang terkenal ini cenderung memerhatikan pakaian, dia mungkin dapat menambah bahawa seluar panjangnya sering amat perlu diseterika, jaketnya usang dengan kesan carikan dan bekas makanan, kasutnya terhakis dan usang di bahagian tumit.

Jumaat, 10 April 2020

J. Lee Grady: "Orang-Orang Kristian Tak Harus Terima Gambaran Penyeksaan dan Penyaliban Yesus Yang Telah Ditapis"


Untuk memahami dan menyelami sepenuhnya pengorbanan besar yang Yesus lakukan untuk menyelamatkan manusia daripad dosa, orang-orang Kristian telah disarankan untuk merenungkan kesakitan yang amat sangat yang ditanggung oleh Yesus pada hari Dia dipaku ke kayu salib 2,000 tahun yang lalu. 

Ahad, 5 April 2020

Ulasan Buku: Seorang Gembala Melihat Pada Mazmur 23 (Bahagian Ke-2)



Bab 7: Sekalipun Aku Berjalan Dalam Lembah Kekelaman - Keller menjelaskan dengan baik kepentingan lembah dalam kehidupan seorang Kristian seperti juga untuk domba. Dia menyatakan hakikat bahawa kita tidak dijanjikan kesenangan hidup setiap hari. Kita hanya akan sampai ke tempat lebih tinggi dengan melalui lembah-lembah. 

Ulasan Buku: Seorang Gembala Melihat Pada Mazmur 23


Saya telah membeli buku ini sebagai sebahagian daripada "Trilogi Gembala" oleh W. Phillip Keller. Buku-buku yang lainnya adalah Seorang Gembala Melihat Pada Gembala Yang Baik dan Seorang Gembala Melihat Pada Anak Domba Allah. Keller adalah sebenarnya seorang gembala dan dia membantu kita memahami banyak petikan Alkitab yang menyebut mengenai Yesus sebagai Gembala yang Baik dan pengikut-pengikut-Nya sebagai domba-domba-Nya.

Rabu, 23 Oktober 2019

Jawaban Lembut Beth Moore Kepada Komen "Balik Rumahlah" Oleh John MacArthur


Pada tahun lepas, sambil merujuk kepada pengajar-pengajar lelaki yang terkenal, pengarang dan pengkhutbah Kristian, Beth Moore menulis, "Saya telah menaiki lif di hotel yang penuh dengan para pemimpin yang juga melayani di acara yang sama dan tidak diajak bercakap, dan lebih janggal lagi, dalam kenderaan yang sama, tidak pernah ditegur sapa." 

Jumaat, 28 Jun 2019

Sejarah Terjemahan Kitab Bible Ke Dalam Bahasa Melayu



Artikel ini telah ditulis oleh penulis bukan Kristian, namun begitu terdapat maklumat yang berguna di dalamnya untuk pengetahuan kita. 

Percayakah anda jika kami katakan usaha menterjemahkan kitab Bible ke dalam Bahasa Melayu sebenarnya sudah pun bermula sejak abad ke 16 lagi?

Rabu, 24 Oktober 2018

Josh Harris Katakan Goodbye Kepada "I Kissed Dating Goodbye"


Oleh Josh Harris:

Selama bertahun-tahun, orang telah bertanya kepada saya samada saya masih bersetuju dengan buku saya I Kissed Dating Goodbye. Tambahan lagi kepada soalan itu, ada pembaca-pembaca yang memberitahu saya bahawa buku itu telah memudaratkan mereka.

Jumaat, 27 April 2018

Mukjizat Nyata Yang Benar-Benar Mengejutkan Penginjil, Mantan Atheis Ini


Pengarang dan penginjil Lee Strobel adalah dulunya seorang atheis yang bertugas sebagai editor hal-ehwal perundangan di Chicago Tribune sebelum memulakan perjalanan untuk menguji dan menidakkan kepercayaan Kristian - usaha yang sebaliknya telah membawanya memeluk iman itu. 

Strobel, yang kisah peribadinya telah diceritakan dalam filem Pure Flix, buku dan dokumentari bertajuk The Case for Christ, kini telah menerbitkan The Case for Miracles, sebuah buku penyiasatan baru yang berdasarkan fakta, temubual dan kajian untuk lebih lagi menyelidik hal-hal rohani.

Isnin, 1 Januari 2018

Kata-Kata Inspirasi Untuk Tahun Baru Daripada Norman Vincent Peale


Mulakan tahun baru dengan baik dengan kata-kata menginspirasikan daripada Dr. Norman Vincent Peale, pengasas Positive Thinking (dan pengasas Guideposts juga!). Mesejnya yang tak lekang dek zaman mengenai bagaimana mengubah pemikiran anda boleh mengubah hidup anda masih menginspirasikan kita hari ini. 

Sabtu, 30 Disember 2017

Perintis Pembaharuan Karismatik Yang Disayangi, Larry Christenson Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Di Ais


Rev Larry Christenson, seorang pemimpin dalam pembaharuan karismatik dalam denomimasi-denominasi aliran utama, telah meninggal dunia pada hari Selasa, lima hari selepas terjatuh di ais yang menyebabkannya koma. 

Selasa, 19 Disember 2017

Apakah Tujuan Hidup? Inilah Jawapan Rick Warren


Merubah Fokus

Ini adalah sebuah wawancara yang benar-benar luar biasa dengan Rick Warren, penulis Purpose Driven Life dan pastor dari Gereja Saddleback di California.

Dalam sebuah wawancara dengan Paul Bradshaw, Rick Warren mengatakan: Orang-orang bertanya kepada saya, apa tujuan dari hidup? Dan jawab saya adalah: secara ringkas, hidup adalah persiapan untuk kekekalan.

Jumaat, 8 Disember 2017

"The Cross and the Switchblade" - Kisah Pelayanan Seorang Pastor Kepada Gengster Di New York


The Cross and the Switchblade adalah sebuah buku yang telah ditulis pada 1962 oleh Pastor David Wilkerson bersama John dan Elizabeth Sherill. Ianya menceritakan kisah benar lima tahun pertama Wilkerson di Bandaraya New York, di mana dia telah melayani pemuda-pemudi yang putus asa, menggalakkan mereka untuk meninggalkan dadah dan keganasan geng mereka untuk berpaling kepada Yesus. Buku itu telah menjadi bestseller, dengan lebih 16 juta naskah diedarkan dalam lebih 30 bahasa.

John Sherill, Penulis Bersama "God's Smuggler' dan "The Cross and the Switchblade" Meninggal Dunia

John Sherill

Lelaki yang telah membawakan kepada pembaca-pembaca setia kisah-kisah paling berpengaruh dalam Kekristianan abad ke-20, penulis dan editor John Sherill telah meninggal dunia Sabtu lepas pada usia 94 tahun.

Jumaat, 27 Oktober 2017

Kebangunan Rohani Bario: Latarbelakang dan Permulaannya


Pada waktu ini ketika kebangunan rohani kelihatan begitu penting untuk Gereja Malaysia, tidak ada yang lebih tepat untuk mengingatkan kita seperti Kebangunan Rohani Bario. Ini adalah salah satu pencurahan terbesar Roh Kudus ke atas sebuah komuniti dalam sejarah Malaysia. 

Selasa, 18 April 2017

4 Sebab Anda Mesti Tonton Filem "The Case For Christ"


The Case for Christ kemungkinannya sudah mula ditayangkan di beberapa pawagam kegemaran anda sejak hujung minggu lepas (di Amerika Syarikat, di Malaysia belum ditayangkan). 

Jumaat, 10 Februari 2017

Inilah Trelernya "A Case For Christ" Berdasarkan Buku Lee Strobel


Ya, karya pembelaan iman oleh Lee Strobel, A Case for Christ akan dijadikan filem. Pada awal hari ini USA Today melancarkan treler untuk filem itu, yang menceritakan kisah Strobel yang berusaha menunjukkan dakwaan-dakwaan bersejarah oleh Kekristianan adalah salah - suatu projek yang membawanya menjadi Kristian dan kepada buku itu sendiri.

Rabu, 21 September 2016

Tahukah Anda ... 10 Fakta Menarik Mengenai Sejarah Ben-Hur?


Buku Ben-Hur - A Tale of the Christ oleh
Lew Wallace (edisi pertama 1880)
Sebelum barisan pelakon yang ternama untuk Ben-Hur - diperankan oleh Roman Novarro pada 1925, Charlton Heston pada 1959, dan kini oleh Jack Huston pada 2016 - muncul di layar besar, watak Judah Ben-Hur telah dicipta dalam novel tahun 1880 Lew Wallace, Ben-Hur: A Tale of the Christ

Filem terbaru Ben-Hur akan ditayangkan di pawagam pada minggu ini, dan seawal 2014 MGM dan Paramount telah berjanji bahawa filem itu akan kembali kepada "novel epik Lew Wallace yang mengfokus kepada ciri iman." Dalam satu temubual baru-baru ini, pengarah Timur Bekmambetov juga menyebut novel Wallace ketika membincangkan visinya untuk Ben-Hur (2016).