Memaparkan catatan dengan label MyKad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MyKad. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Mac 2026

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Seorang etnik Kenyah dari Miri, Soliman Wan, 52, telah menunggu 33 tahun
untuk mendapat kewarganegaraan ketika ditemubual Bernama hari ini. Turut
hadir isterinya Augusta Jubik,  51 (tengah) dan rakan, Kenawang Ujoh, 50

Kuala Lumpur: Penantian 33 tahun seorang lelaki berketurunan Kenyah dari Sarawak, yang hidup tanpa kewarganegaraan berakhir apabila beliau menerima MyKad secara rasmi pada 29 Januari lalu.

Soliman Wan, 52, yang dilahirkan di Long Banga, Miri, terpaksa memegang status pemastautin sementara atau kad pengenalan hijau sejak berusia 12 tahun berpunca daripada status kerakyatan ibu bapanya yang tidak dapat ditentukan kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri.

Selasa, 18 April 2017

Lelaki 73 Tahun Dakwa 'Islam' Ditambah Unit Bergerak JPN

Foto keratan akhbar Harian Ekspres, 18 April 2017

NABAWAN: Andiman Sinayung yang berusia 73 tahun melihat kedatangan unit bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Tamu Nabawan sebagai satu rahmat kerana MyKad lamanya sudah usang dan rosak.

Jumaat, 3 Mac 2017

Pindaan Agama Boleh Dibuat: JPN

Julitah (tengah) menunjukkan dokumennya kepada Ismail (kiri) dan Amisah (Foto Daily Express)


KOTA KINABALU: Julitah Bahiau, wanita yang menghadapi dilema disebabkan apa yang didakwa butir-butir salah mengenai agamanya dalam MyKadnya, boleh  mendapatkan pindaan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebaik dia mendapat perintah mahkamah Syariah.

Ahad, 26 Februari 2017

Kemasukan Ke Islam Secara Beramai-Ramai Waktu Dahulu Dilakukan Dengan Tipu Daya, Begitu Dakwaan PAN Sabah

Gambar Hiasan sahaja (Foto dakwah.org)

Oleh: ESTHER GOLINGI

Esther Golingi, Presiden
Perpaduan Anak Negeri
Sabah (PAN Sabah)
SURAT: Kami berterima kasih kepada Datuk Masidi Manjun atas tawarannya untuk membantu Julitah Bahiau dan anak lelakinya, dan juga kepada ramai lagi yang menelefon dan menawarkan bantuan untuk mengatasi masalah Aryton. Kami berharap pemimpin-pemimpin lain akan menawarkan bantuan untuk membantu orang-orang di kawasan mereka yang mengalami isu dokumentasi yang sama.

Seperti yang saya katakan beribu-ribu rakyat Sabah sedang berusaha mendapatkan identifikasi yang betul dan tepat dari Jabatan Pendaftaran Nasional (JPN). Identifikasi orang-orang kita adalah perkara yang membabitkan dasar kerajaan. Hanya Kerajaan Sabah dan pemimpin-pemimpin kita yang dapat menyelesaikan masalah ini. 

Jumaat, 24 Februari 2017

Pertubuhan Hak Asasi Akan Bantu Orang-Orang Kristian Sabah Yang Dicatit "Islam" Di MyKad


KOTA KINABALU: Seorang pendukung hak asasi kemanusiaan hari ini berkata ramai orang Kristian di Sabah memiliki MyKad yang menyenaraikan mereka sebagai Muslim.  

Orang Asal Kristian Sabah Berkata Anaknya Dihalang Pergi Sekolah Selepas JPN Menahan Sijil Beranak


KUALA LUMPUR, 23 Februari - Seorang wanita Orang Asal Sabah yang memperakui dirinya Kristian berkata dia tidak dapat menghantar anak lelakinya ke sekolah oleh kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa enggan melepaskan sijil beranak anaknya.  

Selasa, 1 Julai 2014

Warga Sabah Hadapi Kecelaruan Identiti



Oleh Ace Emerson:
(The Ant Daily)


Salenah Binti Nonong, seorang wanita kaum Dusun berusia pertengahan empat puluhan, dilahirkan dalam sebuah keluarga Katolik yang warak. Salenah dan adik-beradik beliau sentiasa mengamalkan upacara-upacara agama Katolik.

Masalah yang dihadapi keluarga ini dikongsi dengan beribu-ribu yang lain, iaitu mereka dikenalpasti sebagai rakyat Malaysia Melayu Islam.

Rakyat Sabah dibahagikan kepada 32 kumpulan etnik, di mana 28 dari mereka adalah Bumiputera, ataupun orang asal.

Walaubagaimana pun hari ini, ribuan warga Sabah bukan Islam didaftarkan sebagai beragama 'Islam', seperti yang tercatat dalam kad pengenalan mereka.