Memaparkan catatan dengan label Jesus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jesus. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Januari 2021

Salah Faham Jesus Bukan Tuhan Berdasarkan Bible!


Adakah Markus 10:18 menafikan keilahian Yesus?

Umat Kristian berpegang kepada kepercayaan bahawa Yesus itu Allah. Bahkan, kepercayaan ini adalah kepercayaan yang paling penting bagi Kristian. Tetapi, keilahian Yesus sering dipersoalkan, dan salah satu hujah yang sering kita dengar untuk menafikan keilahian Yesus Kristus ialah bahawa Yesus sendiri menafikan dirinya Allah. Mereka akan merujuk kepada injil Markus 10:17-18 dan berkata, "Hah! Inilah buktinya Yesus sendiri menafikan keilahiannya!" Jadi, Betulkah Markus 10:18 menafikan keilahian Yesus? Mari kita kaji sama-sama.

Selasa, 23 Jun 2020

Asal Usul Nama Tuhan Yesus


Oleh Pastor Meta Morphoo:

Matius 1:21

Namakanlah anak itu Yesus. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.

Isnin, 30 Mac 2015

Jawaban Kristian Terhadap Buku "Jesus Adalah Muslim?"



Adakah Jesus seorang Muslim? Tentu saja orang Kristian akan mengatakan tidak!

Semasa melayari web pagi ini, saya telah menemukan laman Kristian yang menjawab alasan-alasan yang terdapat dalam buku "Jesus Adalah Muslim?" yang telah diterbitkan dan dijual di kedai-kedai buku.

Jika anda ingin membaca jawaban-jawaban Kristian terhadap buku tersebut, silakan klik di link ini: Menjawab Buku "Jesus Adalah Muslim?"

Berikut ialah senarai topik yang telah dikupas dalam laman itu:

Selasa, 6 Januari 2015

Jesus Atau Yahshua? Yang Mana Betul?

Jesus dari perkataan asal Ibrani "Yeshua" (disebut Yeh-SHU-ah)

Oleh Dr. Michael Brown:

Saya seringkali hairan betapa ramai orang yang menulis kepada pelayanan kami dan bertanya kami soalan seperti ini, yang telah kami terima minggu lepas: "Ada orang Kristian yang mengatakan bahawa kita perlu menggunakan nama Ibrani, Yahshua. Mereka berkata memanggil nama Jesus ialah sama dengan memanggil Zeus (dewa orang Yunani). Bahawa Jesus ialah nama samaran untuk Iblis. Apakah jawapan anda untuk ini? Bagaimana kita boleh membuktikan bahawa nama Jesus itu betul penggunaannya dalam terjemahan dan sebutan bahasa Inggeris?"

Sepelik-peliknya soalan-soalan itu, namun kerana ianya telah dibangkitkan berulangkali, bererti bahawa ianya perlu dijawab, dengan itu beberapa jawapan ringkas telah disediakan di bawah.

Selasa, 12 Ogos 2014

Bagaimana Untuk Menulis Nama Yesus Dalam 24 Bahasa

Nama "Jesus"
Bagaimanakah kita menuliskan nama Yesus dalam pelbagai bahasa? Aku terjumpa satu video menarik bertajuk "How to Write the Name of Jesus in 24 Languages" semasa melayari web. Berapakah bahasa yang anda dapat cam daripada video ini?


Video: Bagaimana untuk Menulis Nama Yesus dalam 24 Bahasa



Aku terpaksa mengaku bahawa aku hanya dapat meneka dua bahasa dengan yakin dan betul, yang lainnya aku tidak yakin atau langsung tidak tahu!