Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan

Khamis, 22 April 2021

SMK Convent Bukit Nanas Dilanjutkan Pajakan 60 Tahun Lagi


Kerajaan hari ini bersetuju melanjutkan tempoh pajakan tanah yang menempatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas untuk 60 tahun lagi.

Sabtu, 18 Januari 2020

Peguam-Peguam Gesa Tun Mahathir Larang Penukaran Agama Pelajar Di Sekolah-Sekolah

Peguam, Priscilla Ruth Marcus (kiri) bersama ibu bapa, Vilbon Madilan dan Wastinah Mangis

KOTA KINABALU: Peguam-peguam bukan Muslim merasakan sudah tiba waktunya Kementrian Pendidikan, yang kini diterajui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mengeluarkan arahan tetap melarang penukaran agama pelajar-pelajar kepada apa pun agama di sekolah-sekolah.

Isnin, 30 Disember 2019

MCCBCHST Gesa Tarik Balik Kebenaran Tubuh Rakan Siswa Yadim Di Sekolah



Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa Kementerian Pendidikan menarik balik kebenaran terhadap Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) untuk melakukan kegiatan dakwah di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Tarik Balik Surat Kebenaran Dakwah Di Sekolah, Gabungan Agama Beritahu Putrajaya

RS Mohan Shan


PETALING JAYA: Gabungan agama bukan Islam terbesar di Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menarik balik surat kebenaran untuk menjalankan aktiviti dakwah di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Selasa, 24 Disember 2019

Kementrian Pendidikan Sahkan Surat Tular Rakan Siswa Yadim Diizin Jalankan Aktiviti Dakwah Di Sekolah & Institusi Pendidikan


Kementrian Pendidikan telah mengesahkan kewujudan surat kementrian yang memberikan kebenaran kepada 'Rakan Siswa' Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menjalankan aktiviti dakwah di sekolah, institusi pendidikan guru, politeknik, kolej komuniti, universiti awam dan beberapa universiti swasta yang terpilih di Malaysia. Namun begitu, Kementrian Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan perkara itu. Berikut liputan dari artikel Malaysiakini:

Jumaat, 18 Oktober 2019

Maszlee: Tiada Tindakan Lanjut Ke Atas Sekolah Rendah Perempuan Methodist


PETALING JAYA: Tiada tindakan lanjut akan diambil ke atas Sekolah Rendah Pemepuan Methodist (MGS) berkenaan insiden baru-baru ini di mana ianya telah didakwa bahawa sekolah itu telah menghalang doa Muslim dalam satu majlis dan sebaliknya membaca doa Kristian.

Khamis, 3 Oktober 2019

Ramasamy: Itu Bukan Doa Kristian Tetapi Sebenarnya Ucapan Mengenai Perpaduan


GEORGE TOWN: Trend baharu di kalangan pelajar-pelajar Muslim di Sekolah Rendah Perempuan Methodist membeli hanya dari gerai-gerai Muslim telah membangkitkan kebimbangan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri II, Dr P. Ramasamy berkata perkara itu telah dimaklumkan kepadanya semasa satu pertemuan dengan anggota-anggota lembaga sekolah itu pada hari Selasa (1 Okt).

Isnin, 30 September 2019

Tiada Bacaan Doa Kristian Di Sekolah, Kata Anggota PIBG


Seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Perempuan Methodist di Pulau Pinang menafikan bacaan doa Kristian dibuat ketika majlis penyampaian anugerah sekolah itu.

Kami Akan Dedah Kebenaran, Sekolah Jawab Dakwaan Larang Bacaan Doa


GEORGE TOWN: Sekolah Perempuan Methodis (MGS) hari ini berkata pihaknya tidak akan mengulas mengenai dakwaan yang dibuat sebuah NGO yang mengatakan ia melarang bacaan doa pada satu majlis, sebaliknya membenarkan bacaan doa dalam bentuk Kristian.

Polis Siasat Sekolah Larang Bacaan Doa



Polis menyiasat tindakan sebuah sekolah di Pulau Pinang yang didakwa melarang bacaan doa.

Sekolah Pulau Pinang Dapat Amaran Keras Selepas Bacaan Doa Kristian


PETALING JAYA: Kementrian Pendidikan telah mengeluarkan satu amaran keras kepada Sekolah Perempuan Methodist di Pulau Pinang berikutan laporan bahawa sekolah itu telah mengadakan bacaan doa Kristian semasa satu upacara penyampaian anugerah.

Aktivis Lapor Polis Kes Doa Kristian Di Acara Sekolah Mubaligh


SEORANG aktivis politik membuat laporan polis ke atas pentadbiran sebuah sekolah mubaligh kerana mengadakan bacaan doa Kristian dalam satu majlis penyampaian anugerah.

Ahad, 19 Mei 2019

Perkenal Subjek Kenali Semua Agama Di Sekolah, Universiti, Kata Majlis Belia



KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang memperkenalkan satu subjek khusus untuk mengenali agama lain selain Islam, di peringkat sekolah dan universiti bagi meningkatkan pemahaman dan keharmonian antara penganut pelbagai agama di negara ini.

Isnin, 18 Mac 2019

All Saints, Kelas Kembali Normal, Tiada Kaitan Isu Agama Atau Kaum

Dr Yusof Yacob bersalaman dengan Dr Mary Gambidau selepas
menyelesaikan masalah pengasingan kelas di sekolah itu.


KOTA KINABALU: Pengasingan kelas yang berlaku di Sekolah Menengah (SM) All Saints Likas di sini tiada kaitan dengan isu agama atau perkauman.

SM All Saints Likas Tidak Lagi Asing Kelas Pelajar Ikut Agama

Menteri Pendidikan & Inovasi, Yusof Yacob (dua dari kiri) semasa lawatan ke sekolah
diringi oleh pengetua sekolah, Mary Gambidau (kiri) dan Timbalan Pengarah
Jabatan Pendidikan Sabah, Kassim Ibrahim (tiga dari kiri)

KOTA KINABALU: Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah mengarahkan Sekolah Menengah (SM) All Saints Likas di sini tidak meneruskan pengasingan kelas mengikut agama bagi pelajar tingkatan 1 di sekolah itu.

Ahad, 17 Mac 2019

Tindakan 'Pembetulan' Untuk Sekolah Asing Pelajar Ikut Agama Di Sabah



PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan meminta Jabatan Pendidikan Sabah “membetulkan” langkah sebuah sekolah menengah di negeri itu untuk mengasingkan pelajar Islam dan bukan-Islamnya mengikut anutan agama mereka.

Ibu Bapa Bantah Sekolah Asing Pelajar Ikut Agama Di Sabah



KOTA KINABALU: Rakyat Sabah marah terhadap keputusan sebuah sekolah menengah di negeri ini mengasingkan pelajar Tingkatan Satunya ke kelas berlainan mengikut anutan agama mereka.

Rabu, 14 November 2018

Kumpulan & Sekolah Bukan Islam Dapat Peruntukan Lebih Besar


Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri pada hari Selasa telah memberikan RM34.64 juta dalam peruntukan kepada 554 pertubuhan dan sekolah bukan Islam di Negeri itu untuk pembangunan dan penambah baikan.

Sabtu, 8 September 2018

Mereka Datang... Dan Mereka Bina Sekolah-Sekolah Mubaligh

Penang Free School

Misionari-misionari Anglikan adalah yang pertama memulakan sekolah mubaligh di Malaysia. Pada 1816, Rev Robert Hutchings telah membuka Penang Free School. Ianya kemudian telah diserahkan untuk ditadbir oleh kerajaan.

Sekolah-Sekolah Mubaligh Menghadapi Masalah Kerana Peruntukan Dari Kerajaan Tidak Mencukupi


Pada bulan lepas, salah satu sekolah mubaligh tertua di negara ini bergelap selama dua jam apabila bekalan elektriknya telah diputuskan kerana tidak membayar bilnya.

St John Institution yang berusia 114 tahun telah mengumpulkan bil dengan jumlah mengejutkan RM245,348.54 dan terpaksa mendapatkan derma daripada orang-orang awam untuk menyelesaikan jumlah itu. Pada waktu ini, jumlah yang masih belum diselesaikan adalah RM78,000.