Isnin, 30 September 2019

Sekolah Pulau Pinang Dapat Amaran Keras Selepas Bacaan Doa Kristian


PETALING JAYA: Kementrian Pendidikan telah mengeluarkan satu amaran keras kepada Sekolah Perempuan Methodist di Pulau Pinang berikutan laporan bahawa sekolah itu telah mengadakan bacaan doa Kristian semasa satu upacara penyampaian anugerah.

Satu amaran berasingan telah diberikan kepada sebuah sekolah di Perak yang dipercayai telah mengadakan satu seminar seni dalam bahasa Cina dan bukannya bahasa kebangsaan.

Ketua pengarah pendidikan, Amin Senin, berkata kementrian itu sedang mempertimbangkan tindakan lanjut disiplin terhadap sekolah perempuan Methodist itu kerana melanggar peratuan pendidikan nasional. 

Menurut satu laporan media semalam, sebuah kumpulan Muslim telah membuat satu laporan polis, mendakwa bahawa sekolah itu cuba menyebarkan Kristian kepada orang-orang Muslim.

Amin juga mengingatkan semua sekolah-sekolah kebangsaan untuk mengikuti peraturan dalam Akta Pendidikan, serta surat-surat pekeliling yang telah dihantar.

"Ketidakakuran kepada peraturan-peraturan ini boleh membawa kepada tindakan disiplin atau tindakan lain yang sesuai terhadap pentadbir-pentadbir sekolah-sekolah terbabit. Kementrian Pendidikan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dia berkata bahawa Akta Pendidikan dan Peraturan Pendidikan (Kurikulum Nasional) menjelaskan secara khusus bahawa Seni harus diajar dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia.

(Diterjemahkan daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Penang School Gets Stern Warning After Christian Prayer Recital" bertarikh 29 September 2019)