Memaparkan catatan dengan label Westminster Abbey. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Westminster Abbey. Papar semua catatan

Selasa, 20 September 2022

Selamat Tinggal, Ratu Elizabeth

Keranda Ratu Elizabeth dibawa dari Westminster Hall
ketika upacara pengebumian di London (Foto AP)

LONDON: Britain mengucapkan selamat tinggal kepada Ratu Elizabeth II hari ini dalam upacara pengebumian yang dihadiri pemimpin dunia, disusuli perarakan penuh adat melalui jalan raya London.

Ribuan orang berhimpun untuk menyaksikan keranda diliputi bendera, dengan hiasan diraja termasuk Mahkota Imperial State, dibawa dalam perarakan penuh adat dari Westminster Hall, di mana baginda ditempatkan untuk penghormatan terakhir sejak Rabu lalu.

Rabu, 14 September 2022

Gereja-Gereja Akan Menyiarkan Siaran Langsung Pengkebumian Diraja Ratu Elizabeth


Dengan London yang penuh sesak dengan orang, sesetengah gereja di sekeliling negara sedang bersiap sedia untuk mengalu-alukan orang ramai untuk menonton bersama-sama pengebumian diraja Ratu Elizabeth.

Tempat-tempat awam seperti gereja-gereja akan dibenarkan menyiarkan siaran langsung pengebumian diraja Ratu pada hari Isnin tanpa syarat lesen TV seperti kebiasaannya.

Khamis, 18 Oktober 2018

Sabtu Lepas Saya Beribadah Di Westminster Abbey

Westminster Abbey di London

Westminster Abbey di London adalah sebuah gereja yang bersejarah dan penting di London. Ianya terletak berdekatan Rumah Parlimen dan Big Ben di samping Sungai Thames. Sejak 1066, semua pertabalan raja dan ratu England telah diadakan di Westminster Abbey.