![]() |
| Gereja St. Paul, London yang berdiri megah telah dibina semula oleh Sir Christopher Wren selepas bangunan gereja itu mengalami banyak kehancuran dan kebakaran pada 1660an |
Pada penghujung 1660an, Sir Christopher Wren telah diamanahkan untuk membina semula St. Paul's Cathedral di London. Menurut lagenda, pada suatu hari dia mengunjungi tapak pembinaan untuk bangunan besar itu dengan tidak dikenali oleh pekerja-pekerja di situ. Wren berjalan-jalan di sekitar tapak itu, dan menanya beberapa pekerja di situ apakah yang mereka sedang lakukan.
