Memaparkan catatan dengan label Peperangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peperangan. Papar semua catatan

Selasa, 12 November 2019

Dari Pengebom Pearl Harbor Menjadi Pengikut Kristus

Ketua Komander, Mitsuo Fuchida

Oleh Mitsuo Fuchida:

Saya mesti mengaku bahawa saya lebih teruja dari kebiasaannya ketika bangun pagi itu pada 3 pagi, waktu Hawaii, empat hari selepas hari jadi saya yang ketiga puluh lapan. Enam kapal pengangkut pesawat kami telah ditempatkan 230 batu di utara Pulau Oahu. Sebagai ketua komander skuad udara, saya membuat semakan terakhir laporan risikan di bilik operasi sebelum memanaskan enjin kapal terbang "jenis 97" saya yang akan digunakan untuk pengeboman dan pelancaran torpedo.

Rabu, 27 Disember 2017

Keajaiban Krismas 1914


Peperangan dahsyat sekali. Ahli-ahli sejarawan bersetuju bahawa salah satu daripada konflik yang paling membawa maut dalam sejarah manusia adalah Perang Dunia I, yang telah berlangsung di antara 28 Julai 1914 sehingga 11 November 1918, dan telah mengakibatkan kematian lebih 16 juta manusia. Ianya adalah perang "modern" yang pertama, menggunakan kereta kebal dengan meriam yang kuat, kapalterbang, mesingan dan gas racun.