Memaparkan catatan dengan label Penulisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penulisan. Papar semua catatan

Rabu, 24 Oktober 2018

Jom Kita Tulis! - "Ahad Lepas Saya Beribadah Di Gereja..."


"Ceritakan pengalaman anda mengikuti acara ibadah di gereja anda atau di gereja yang anda kunjungi..."

Shalom! Blog domba2domba sedang menganjurkan acara Jom Kita Tulis! untuk kawan-kawan dan pembaca-pembaca blog ini untuk menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka mengikuti kebaktian ibadah di gereja.

Rabu, 23 Mei 2018

Rabu, 11 April 2018

10 Sebab Untuk Memulakan Blog


Oleh Susan Gunelius:

Blogging semakin popular dari hari ke hari. Ianya mudah untuk menyedari bahawa blog adalah popular tetapi jika anda ingin memulakan blog anda sendiri, ianya mungkin sukar untuk mengerti mengapa anda harus melakukannya.

Lihatlah senarai ini untuk membantu anda membuat keputusan mengenai blogging. Yang bagusnya, anda mungkin dapat mengenalpasti lebih dari satu sebab-sebab ini.

Rabu, 7 Februari 2018

Balingan Yang Membawa Kemenangan


Quarterback Eagles, Nick Foles membuat balingan cantik, yang ditangkap kemas oleh Zach Ertz yang seterusmya membuat touchdown kemenangan dalam perlawanan Super Bowl ke-52 dua hari yang lepas. Dengan jaringan terakhir itu Philadelphia Eagles menang 41-33 ke atas New England Patriots. Kemenangan yang amat bermakna bagi Philadelphia Eagles yang pertama kalinya menjuarai Super Bowl.

Rabu, 13 April 2016

Corat-Coret: "Aku Masih Seperti Dahulu (Atau Lebih Kurang Seperti Itu)"


Beberapa hari yang lepas, aku baru saja merayakan ulangtahun ke-5 blog domba2domba. Tidak ada perayaan besar-besaran, cuma sebuah artikel yang aku tuliskan dan sertakan sempena ulangtahun kelima ini. Aku juga kongsikan artikel itu di Facebook sambil memberitahu kawan-kawan mengenai ulangtahun itu. Dan berpuluh orang klik "Like" pada pengumuman mengenai ulangtahun itu. Aku merasa gembira, dan bukan sahaja kerana kawan-kawan yang klik "Like" pada artikel dan pengumuman itu, tetapi kerana benar-benar merasakan suatu kebahagiaan mencapai 5 tahun pertama penulisan blog.

Khamis, 31 Mac 2016

Corat-Coret: Mengapa Penterjemahan Itu Penting

Pedoman Harian boleh didapati dalam bentuk buku (kiri) atau melalui internet (kanan)

Baru-baru ini saya mendapat suatu peringatan mengenai betapa pentingnya penterjemahan. Saya membaca catitan Facebook seorang kawan yang sedang memperkenalkan Pedoman Harian kepada kawan-kawannya. Dia mengulas bahwa, "Pedoman Harian mengandungi banyak artikel-artikel terjemahan yang bagus untuk dibaca."

Ahad, 25 Oktober 2015

4 Golongan Artikel Yang Saya Muatkan Di Blog


Oleh Si Domba Putih:

Ramai dari kawan-kawan yang membaca blog domba2domba akan tahu bahawa banyak artikel yang terkandung di dalam blog ini adalah artikel terjemahan. Ya memang benar, kebanyakan artikel dalam blog ini adalah terjemahan. Namun begitu, apabila saya duduk dan memikirkannya, sebenarnya ada empat golongan artikel yang biasa saya muatkan di blog ini.