Memaparkan catatan dengan label Eric Liddell. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Eric Liddell. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Oktober 2023

"Chariots of Fire" - Filem Drama Sukan Bersejarah British Yang Memenangi Anugerah Filem Terbaik Pada 1982


Chariots of Fire adalah drama sukan bersejarah British yang diarahkan oleh Hugh Hudson, ditulis oleh Colin Welland dan diterbitkan oleh David Puttnam. Filem ini berdasarkan kisah benar dua atlet British di Olimpik 1924: Eric Liddell, seorang Kristian yang komited dari Scotland yang berlari untuk kemuliaan Tuhan, dan Harold Abrahams, seorang Yahudi Inggeris yang berlari untuk mengatasi prejudis.

Khamis, 12 November 2015

Corat-Coret: "Ketika Saya Menulis..."


Saya telah terjemahkan satu lagi artikel untuk blog gembala2gembala semalam. Mungkin ada kawan-kawan yang tertanya-tanya, "Adakah apa-apa kaitan antara blog domba2domba dan gembala2gembala?" memandangkan kedua-dua blog mempunyai gaya nama yang serupa.

Khamis, 14 Jun 2012

Kisah Eric Liddell: Lebih Dari Emas (Bahagian 2)

Gambar Potret Eric Liddell
"Eric Liddell mencintai China. Dia telah dilahirkan di sana kepada sebuah keluarga utusan Injil, menghabiskan masa kecilnya di situ dan kembali ke China untuk melayani sebagai utusan Injil sebaik sahaja dia menamatkan pendidikan universitinya di Scotland dan memenangi pingat emas Olimpiknya di Paris." 
- John Keddie, penulis buku berjudul Running the Race.


Selepas Olimpik, Liddell kembali ke China (pada tahun berikutnya, 1925) untuk bertugas sebagai utusan Injil. Keluarganya yang berasal dari Scotland, telah bertugas di China pada waktu Pemberontakan Boxer. Liddell bertugas sebagai guru di sebuah sekolah untuk budak-budak Cina di mana dia mengajar pelajaran Kimia dan mengatur acara sukan. Dia berkahwin pada tahun 1934, dan pada tahun 1936 China bersiap untuk perang apabila ketegangan antara pihak Komunis dan Nasionalis makin meningkat. 

Kisah Eric Liddell: Lebih Dari Emas (Bahagian 1)


Eric Liddell, atlet Britain yang juga
digelar "The Flying Scotsman"
Eric Liddell merupakan atlet pilihan Britain untuk memenangi acara 100 meter di Olimpik Paris 1924. Namun begitu, Eric menarik diri daripada acara 100 meter itu apabila mengetahui bahawa acara itu akan diadakan pada hari Ahad. Seorang Kristian yang komited, Eric berprinsip menjadikan hari Ahad sebagai hari untuk berehat dan beribadah. Kisahnya telah diabadikan dalam filem "Chariots of Fire" pada 1981. Filem  itu memenangi 4 anugerah termasuk Anugerah Oscar untuk Filem Terbaik