Memaparkan catatan dengan label Mahkamah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mahkamah. Papar semua catatan

Selasa, 20 Januari 2026

Mahkamah Mendeklarasikan Seorang Lelaki Berusia 76 Tahun Adalah Kristian


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan suatu deklarasi yang dipohon oleh seorang lelaki berusia 76 tahun, mengesahkan statusnya sebagai Kristian. 

Hakim Amarjeet Singh membuat keputusan bahawa Stanley Pinto @ Yakob Md Nor, yang telah dilahirkan di luar nikah kepada Abdul Ghani Md Nor dan Susan Pinto, telah mengamalkan agama Kristian sepanjang hidupnya.

Selasa, 13 Januari 2026

Dakwaan Kristianisasi: Hannah Menang Saman Fitnah Ke Atas Bekas IGP


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menang dalam rayuannya untuk mengketepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap bekas ketua polis negara (IGP), Musa Hassan.

Jumaat, 9 Januari 2026

Warisan Cadang Tubuh Unit Khas JPN Perbetul Status Agama Mykad


PETALING JAYA: Warisan menggesa kerajaan menubuhkan unit khas Sabah dan Sarawak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan pembetulan status agama pemegang MyKad di negeri itu dibuat dengan lebih berkesan.

Khamis, 8 Januari 2026

Mahkamah Tinggi: JPN Telah Silap Mencatit Keluarga Kristian Sabah Sebagai Muslim


PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah membuat keputusan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah tersilap mendaftarkan seorang lelaki dari Pitas, Sabah dan tiga orang anaknya sebagai Muslim walaupun mereka sebenarnya adalah Kristian.

Rabu, 5 November 2025

Cukup Keterangan Kukuh Kerajaan Terlibat Penculikan Koh, Putus Mahkamah


Mahkamah Tinggi arah polis buka siasatan baharu dengan pegawai penyiasat lain, lapor dapatan kepada AGC setiap dua bulan.

KUALA LUMPUR: Terdapat keterangan kukuh menunjukkan kerajaan dan ejennya terlibat dalam kes penculikan Pastor Raymond Koh, menurut Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya bagi saman yang difailkan terhadap kerajaan dan pihak polis.

Kerajaan, Polis Diperintah Bayar Keluarga Pastor Koh RM37 Juta


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan kerajaan dan polis membayar pampasan berjumlah lebih RM37 juta kepada keluarga Pastor Raymond Koh atas penglibatan kerajaan dalam penculikannya.

Sabtu, 5 Oktober 2024

Cinta Tak Kesampaian, Wanita Mohon Keluar Islam


Seorang wanita Sarawak merayu untuk meninggalkan Islam dan kembali ke agama Kristian selepas berpisah dengan lelaki Melayu yang berjanji untuk mengahwininya.