Hakim Celestina Stuel Galid telah membenarkan permohonan oleh Abdul Manap Bakusai dan anak-anaknya untuk diperbetulkan MyKad mereka untuk menyatakan bahawa mereka bukanlah Muslim. Walaupun begitu tiada kos diperintahkan oleh mahkamah, begitu dilaporkan oleh Daily Express.
Celestina berkata tiada pernyataan keluar Islam diperlukan sebab JPN telah salah mencatit butir-butir mereka, dan menambah bahawa kesilapan-kesilapan jabatan itu telah menghalang Manap dan anak-anaknya dari melaksanakan hak-hak perlembagaan mereka untuk kebebasan beragama.
Beliau berkata terdapat bukti bahawa Manap dan keluarganya telah selalu mengamalkan agama Kristian, dengan menyebut bukti-bukti bertulis seperti dokumen pengenalan lain, rekod-rekod baptisan dan surat-surat dari gereja.
Hakim itu mengucapkan kebimbangan mengenai "masalah pentadbiran yang berulang-ulang" dari JPN dalam menetapkan agama seseorang tanpa bukti yang berfakta dan sah.
Beliau berkata kesilapan-kesilapan yang serupa telah dilihat dalam kes-kes yang sebelum ini, dengan agama seseorang telah dicatit dengan tanggapan sahaja, walaupun kadangkala telah diberi pemberitahuan jelas daripada pemohon-pemohon.
Celestina menggambarkan ini sebagai sesuatu hal yang amat mengganggu, menyatakan kebimbangan khususnya untuk pemohon-pemohon yang buta huruf dari kawasan kampung di pedalaman yang bergantung kepada pegawai-pegawai JPN untuk bantuan.
(Diterjemahkan daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "JPN MIstakenly Recorded Christian Family As Muslims, Rules Court" bertarikh 8 Januari 2026)
