Memaparkan catatan dengan label Tokoh Pastor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh Pastor. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Mei 2025

Terrence Sinnadurai, Pengasas Desa Amal Jireh, Meninggal Dunia Pada Usia 75 Tahun

Reverend Terrence Sinnadurai

PETALING JAYA: Reverend Terrence Sinnadurai, pengasas Desa Amal Jireh (DAJ) – tempat perlindungan yang berusia 40 tahun bagi kanak-kanak dan warga tua yang kurang bernasib baik – telah meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Jumaat, 13 Oktober 2023

Jumaat, 8 September 2023

Hujan Lebat Tidak Menghalang Lebih 20,000 Penganut Kristian Hadiri Malam Pentakosta Di Kuching

Malam Pentakosta di Padang Jubli, Kuching

KUCHING: Hujan lebat tidak menghalang lebih 20,000 penganut Kristian daripada menghadiri Malam Pentakosta di Padang Jubli di sini malam Khamis.

Khamis, 12 Januari 2023

Pastor Jack Hayford, Tokoh Cemerlang Pentakosta dan Karismatik Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun


Jack W. Hayford, seorang pengarang, guru siaran radio, dan pastor yang pernah digelar "Tokoh Cemerlang Pentakosta," telah meninggal dunia pada pagi Ahad di rumahnya di Selatan California. Dia berusia 88 tahun.

Sabtu, 10 September 2022

Penghormatan Saya Untuk Tan Sri Rev. Dr. Prince Guneratnam

Rev Terrence Sinnadurai (kanan) dengan Tan Sri Rev. Dr. Prince Guneratnam (tengah)
di Retret Pastor-Pastor di Ipoh pada 2019

Oleh Rev. Terrence Sinnadurai:

SELAMAT TINGGAL SAHABATKU TAN SRI REV. DR. PRINCE GUNERATNAM. (Ucapan yang panjang tapi dari hatiku).

Jumaat, 9 September 2022

Dr Bill Wilson Memberi Penghormatan Atas Pemergian Dr. Prince Guneratnam, Senior Pastor Gereja Calvary, Kuala Lumpur


Oleh Dr Bill Wilson,

Kepada ahli-ahli keluarga Empowered21 yang dikasihi,

Dengan sedihnya kami ingin memaklumkan anda mengenai pemergian seorang hamba pilihan dan pemimpin cemerlang Kerajaan Tuhan, Tan Sri Rev. Dr. Prince Guneratnam. Prince telah kembali kepada Tuhan pada minggu ini selepas keuzuran yang lama. Tolong doakan keluarga Guneratnam dan Gereja Calvary, Malaysia sambil mereka memperingati dan memberi penghormatan kepada saudara dan sahabat kami yang baik ini.

Jumaat, 2 September 2022

Khutbah Terakhir Rick Warren Menandakan Permulaan Musim Baharu Untuk Gereja Saddleback

Pastor Rick Warren menyampaikan khutbah terakhirnya di Gereja Saddleback

Tepat seperti yang dikatakannya, Rick Warren dan isterinya, Kay telah memberikan 40 tahun pelayanan di Gereja Saddleback seperti dijanjikan dan lebih lagi.

Selepas 43 tahun menggembalakan gereja besar (megachurch) itu di Lake Forest, California, Warren telah secara rasmi meletakkan jawatan sebagai pastor utama. Andy Wood dan isterinya, Stacie, bekas pastor di Echo.Church di kawasan Bay, San Francisco akan menggantikan suami isteri Warren itu.

Khamis, 25 Ogos 2022

Smith Wigglesworth dan Lelaki Yang Membawa Kereta Kuda


Pada suatu hari, Tuhan berkata kepada Smith Wigglesworth dan memberitahunya untuk pergi ke suatu tempat tertentu di sebelah jalanraya di Bradford dan menantikan seorang lelaki yang akan diutuskan-Nya.

Rabu, 3 Ogos 2022

Nicky Gumbel Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Holy Trinity Brompton, "Yang Terbaik Belum Tiba Lagi"


Bagaimanakah rupanya suatu pelayanan awam yang berhasil sepanjang hayat? Pada Ahad lepas, Holy Trinity Brompton (HTB) berusaha menjawab soalan ini dalam suatu video montaj yang menandakan penghujung kepimpinan selama 46 tahun Nicky Gumbel  di gereja London yang pelbagai lokasi itu.

Ahad, 30 Januari 2022

Brian Houston Undur Diri Dari Jawatan Senior Pastor Global Hillsong


Brian Houston, pengasas bersama megachurch dan empayar media Hillsong, mengumumkan dia mengundur diri dari jawatan pastor senior global, memberitahu anggota-anggota gerejanya melalui video yang telah dirakam lebih awal, yang ditunjukkan semasa kebaktian pagi Ahad di ibu pejabat Hillsong di Sydney, Australia, bahawa dia akan mengambil cuti dari gereja sehingga penghujung tahun ini.

Isnin, 18 Januari 2021

"Dapatkan Seorang Lelaki Yang Lebih Mencintai Anda..."


Mungkin anda akan terkejut mendengar ini: isteri saya sering mengatakan perkara yang sama, iaitu isteri saya sering mengatakan perkara yang serupa dengan apa yang dikatakan oleh Pastor Philip Mantofa.

Selasa, 11 Februari 2020

Asal-Usul Gerakan Pentakosta Abad Ke-20


Asal-Usul Gerakan Pentakosta Abad Ke-20

Charles F. Parham

Charles F. Parham

Golongan "Pentakosta" pertama pada zaman modern muncul pada 1901 di kota Topeka, Kansas di sebuah Sekolah Alkitab yang dikendalikan oleh Charles Fox Parham, seorang guru aliran Holiness dan bekas pastor Methodist. Pada Januari 1901, Parham telah menyuruh pelajar-pelajar di Sekolah Alkitab itu mengkaji Alkitab demi mencari bukti alkitabiah berkenaan menerima baptisan Roh Kudus.

Selasa, 17 Disember 2019

Anak Kecil Yang Mendapat Penglihatan Bagi Bangsa Armenia


Ini adalah salah satu kisah yang akan membuat anda terkagum. Pada 1853, ada seorang nabi anak kecil lelaki Rusia berusia 11 tahun dan tidak berpendidikan. Keluarganya adalah sebahagian daripada gereja-gereja Pentakosta Rusia yang telah bermigrasi ke Armenia. Namanya adalah Efim Gerasemovitch Klubniken. Efim akan dikenali sebagai seorang yang menghabiskan berjam-jam dalam doa, kadangkalanya berhari-hari dan malam berpuasa dan berdoa tanpa rehat. 

Rabu, 23 Oktober 2019

Jawaban Lembut Beth Moore Kepada Komen "Balik Rumahlah" Oleh John MacArthur


Pada tahun lepas, sambil merujuk kepada pengajar-pengajar lelaki yang terkenal, pengarang dan pengkhutbah Kristian, Beth Moore menulis, "Saya telah menaiki lif di hotel yang penuh dengan para pemimpin yang juga melayani di acara yang sama dan tidak diajak bercakap, dan lebih janggal lagi, dalam kenderaan yang sama, tidak pernah ditegur sapa." 

Rabu, 11 September 2019

Jadilah Sahabat Dahulu, Kata Pastor Peter Di Seminar Cinta Bijak


Seminar Cinta Bijak 101 telah diadakan di Rawang, Selangor dua hari yang lalu. Seramai 65 orang mengikuti seminar itu di Gereja City of Praise, Rawang, Selangor. Penceramah seminar adalah Pastor Peter De Run dan Pastor Joe Mosinkai. 

25,000 Orang Dijangka Hadiri Malam Pentakosta Di Kuching


Seramai 25,000 orang dijangka menghadiri Malam Pentakosta hujung minggu ini (14 & 15 September) di Padang Sukan Jubilee, Kuching, begitu dilaporkan oleh The Borneo Post. 

Sabtu, 10 Ogos 2019

Seminar Cinta Bijak Akan Diadakan Di Rawang, Selangor Pada 8 & 9 September 2019


Shalom! Seminar Cinta Bijak akan diadakan di Rawang, Selangor pada 8 & 9 September 2019 ini.

Bagi pemuda-pemudi Kristian di Kuala Lumpur dan Selangor, inilah kesempatan untuk mengikuti seminar yang diasaskan dan pelopori oleh pastor berpengalaman Pastor Peter De Run. Pastor Peter akan disertai oleh Ps Joe Mosinkai sebagai pembicara di seminar ini.

Rabu, 24 Julai 2019

Sejarah Gunung Doa Hosana Trusan, Lawas, Sarawak


Baru-baru ini saya telah memuatkan artikel mengenai Pelayanan Doa Gunung Murud di Sarawak. Hari ini pula saya ternampak suatu video mengenai Gunung Doa Hosana Trusan, Lawas di Sarawak. 

Rabu, 17 Julai 2019

Sejarah Ringkas - Di Sebalik Pelayanan Doa Gunung Murud


SEJARAHNYA

Roh Kudus memulakan pekerjaan besar di kalangan penduduk Ba' Kelalan

pada November 1973, dan orang ramai mula menjadi lapar akan Firman Tuhan. Kebaktian doa diadakan pada siang dan malam dan orang-orang yang berkumpul semakin ramai. Para penduduk, lelaki dan perempuan mula menerima kurnia-kurnia Roh Kudus. Para penduduk bertaubat dari cara hidup yang lama dan berpaling kepada Yesus Kristus.