Jumaat, 9 September 2022

Dr Bill Wilson Memberi Penghormatan Atas Pemergian Dr. Prince Guneratnam, Senior Pastor Gereja Calvary, Kuala Lumpur


Oleh Dr Bill Wilson,

Kepada ahli-ahli keluarga Empowered21 yang dikasihi,

Dengan sedihnya kami ingin memaklumkan anda mengenai pemergian seorang hamba pilihan dan pemimpin cemerlang Kerajaan Tuhan, Tan Sri Rev. Dr. Prince Guneratnam. Prince telah kembali kepada Tuhan pada minggu ini selepas keuzuran yang lama. Tolong doakan keluarga Guneratnam dan Gereja Calvary, Malaysia sambil mereka memperingati dan memberi penghormatan kepada saudara dan sahabat kami yang baik ini.

Dr. Prince Guneratnam telah melayani sebagai Senior Pastor Gereja Calvary, sebuah gereja misi yang kuat yang mengadakan pertemuan di Calvary Convention Centre, di Kuala Lumpur, Malaysia. Dia telah melayani di pelbagai pelayanan dan badan penasihat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk melayani sebagai General Superintendent-Emeritus untuk Assemblies of God di Malaysia. dan Regional Director untuk Church Growth International (CGI) di Asia Tenggara. 

Calvary Convention Centre, Kuala Lumpur

Dr. Guneratnam telah mengasaskan dan menubuhkan sebilangan pelayanan kebajikan kemanusiaan. Sebagai penghargaan kepada perkhidmatan dan jasanya, dia telah dianugerahkan gelaran "Tan Sri" oleh Yang di-Pertuan Agung Malaysia pada 2008. 

Dr. Guneratnam telah melayani sebagai Pengerusi Pentecostal World Fellowship (PWF) dari 2010-2019 dan merupakan seorang ahli Jawatankkuasa Penasihat Kehormat ketika pemergiannya. Dia adalah ahli lama dalam Empowered21 Global Council.

Satu Kebaktian Mengucap Selamat Tinggal bertajuk, "Celebration of A Life Well Lived" akan diadakan pada 11.30 pagi pada 10 September 2022 di Calvary Convention Centre. Sebagai ganti bunga, keluarganya mencadangkan suatu sumbangan kesyukuran yang akan disalurkan kepada pelayanan Kerajaan Tuhan. Untuk lebih maklumat atau untuk menghubungi gereja, sila lawati www.calvary.my. 

Secara peribadi, saya menghargai persekutuan dengan Prince dan menganggap adalah satu penghormatan dapat melayani bersama dengannya dalam pelbagai cara selama bertahun-tahun. Dia setia dalam segala pekerjaannya dan adalah sahabat kepada ribuan orang. Seperti yang dinyatakan oleh namanya, dia memiliki sifat seorang Putera. Pelayanannya menjangkau ke sekeliling dunia dan Tuhan telah memakainya untuk melakukan perbezaan besar untuk Kristus. Kemurahan hati dan keramahannya akan dirindukan oleh kita. Doa-doa kami akan berterusan untuk isterinya, Petrina dn keluarga mereka pada hari-hari mendatang. 

Yang ikhlas,

William M. Wilson,

Presiden ORU dan Pengerusi E21 Global

(Diterjemahkan daripada hantaran Facebook Evangelist Siegfried Tomazsewski bertarikh 9 September 2022)