Memaparkan catatan dengan label NIV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NIV. Papar semua catatan

Khamis, 27 Oktober 2022

Ahli Teologia Amerika-Kanada Yang Disayangi, Gordon Fee Meninggal Dunia Pada Usia 88


Sarjana dan ahli teologia Perjanjian Baharu yang terbilang, Gordon Fee telah meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Dia meninggal dunia pada hari Selasa, 25 Oktober, di rumahnya di New York City.

Sabtu, 25 Julai 2015

Di Manakah Ayat-Ayat NIV Yang Hilang Itu?

Beberapa orang telah memberitahu saya mengenai satu catitan yang menjadi viral di media sosial mengenai ayat-ayat Alkitab yang didakwa kehilangan daripada terjemahan NIV dan beberapa terjemahan modern. Berikut ialah contoh catitan yang mungkin anda telah lihat dalam Timeline FB anda.



Tentu saja kita boleh faham bahawa orang-orang yang menghargai Alkitab akan menunjukkan reaksi kuat apabila mendengar bahawa seseorang atau sesuatu syarikat telah "mengubah" Firman Tuhan. Bagi orang-orang Kristian yang mendasarkan iman mereka pada apa yang tertulis dalam Alkitab, tidak ada hal yang lebih bersifat pencabulan daripada mengubahkan teks yang dianggap sebagai kata-kata Allah sendiri. Bagaimanapun kali ini, ianya jelas adalah satu tuduhan yang silap. Satu lagi kes klasik bahawa kita harus "berfikir sebelum mengklik" sebelum menyebarkan apapun di media sosial. Berikut beberapa ulasan pendik mengenai di manakah ayat-ayat NIV yang hilang itu:

Khamis, 16 Julai 2015

Adakah Alkitab NIV Melenyapkan 64,575 Perkataan?

Oleh Christopher D. Hudson:

Saya jarang melibatkan diri dalam perdebatan mengenai terjemahan Alkitab. Sebenarnya, saya jarang mengambil bahagian dalam kebanyakan perdebatan, sebab saya percaya misi saya ialah untuk mendorong orang untuk membaca, merenung dan mengapplikasikan apa yang tertulis dalam Alkitab.

Selagi orang membaca Firman Tuhan, saya tidak mengambil hal dengan pelbagai pendapat mengenai terjemahan-terjemahan Alkitab, gaya penyembahan, denominasi gereja dan sebagainya. Saya gembira bahawa kita sama-sama berkongsi iman dalam Tuhan Yesus Kristus, iaitu perkara yang pertama dan utama, dan saya berharap dapat berjalan bersama saudara-saudara seiman saya sambil kita melangkah dalam perjalanan bersama Yesus. 

Isnin, 6 Julai 2015

Pelakon "Hercule Poirot" Selesai Rakam Bacaan Seluruh Alkitab

David Suchet semasa melakonkan watak "Hercule Poirot" dalam siri televisyen ITV

David Suchet telah menyelesaikan dua projek yang paling dekat di hatinya dua tahun lalu. Yang pertamanya dia telah selesai penggambaran sebagai "Hercule Poirot" dalam siri televisyen popular ITV yang telah berlangsung selama 25 tahun. Selepas 25 tahun sebagai "Hercule Poirot", detektif lagenda ciptaan pengarang Agatha Christie, Suchet dianggap pelakon yang paling menjiwakan watak itu dalam siri yang paling dekat jalan ceritanya dengan buku-buku karangan Christie.