Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Rabu, 15 Jun 2022

Menambah Simpanan Dalam Bank Emosi Anda!


Apakah Akaun Bank Emosi? Dr Stephen R. Covey, pengarang "The 7 Habits of Highly Effective Families" mentakrifkan akaun bank emosi sebagai hubungan seseorang dengan orang yang lain. Dia menerangkan konsep akaun bank emosi secara kiasan: "Dengan secara proaktif melakukan hal-hal yang membina kepercayaan dalam sesuatu perhubungan, seseorang melakukan 'deposit.' 

Sebaliknya, secara reaktif melakukan hal-hal yang mengurangkan kepercayaan, seseorang melakukan 'pengeluaran.' Baki semasa dalam akaun bank emosi akan menentukan sejauh mana dua orang dapat berkomunikasi dan menyelesaikan masalah secara bersama. Jika anda menghadapi masalah berkomunikasi dengan pasangan anda, anda mungkin boleh menanya diri, "Adakah saya perlu melakukan lebih deposit?"

Jumaat, 19 Januari 2018

7 Gunung Pengaruh Dalam Masyarakat


Pada 1975, Bill Bright, pengasas Campus Crusade for Christ dan Loren Cunningham, pengasas Youth With A Mission, bertemu. Mereka saling mengongsikan pesan dan rasa terbeban yang Tuhan berikan di hati mereka masing-masing. Pesan yang mereka tangkap ialah jika hendak membawa pengaruh pada bangsa-bangsa bagi Kristus, kita harus menggarami tujuh bidang yang merupakan tujuh gunung dari masyarakat mana pun. Ketujuh gunung itu adalah:

Rabu, 2 Ogos 2017

5 Orang Yang Anda Harus Doakan Saat Ini


Oleh Chris Weatherly:

Doa adalah sesuatu yang diperkatakan oleh semua orang tetapi tak ramai orang yang melakukannya. Kita melihat orang yang terluka dan kita memberitahu orang itu, "Aku akan doakan kamu." Ianya telah menjadi ucapan biasa dalam masyarakat kita. Kita tak fikir pun apabila kita mengucapkannya tetapi ianya seringkali tidak mengandungi makna yang sebenar. Tapi apakah akan terjadi kalau kita benar-benar berniat dan merancang untuk siapa yang kita akan doakan?

Rabu, 3 Ogos 2016

Kesaksian Bear Grylls - Tokoh TV "Man Vs Wild"


Ahli kembara British, Bear Grylls, yang membintangi siri tahan lasak TV, Man Vs Wild (Manusia Berdepan Hidupan Liar), pernah makan ular, kala jengking dan mata kambing yak, untuk menahan kelaparan di penjuru-penjuru paling mencabar di dunia. Tetapi teras kewujudannya adalah imannya yang kuat kepada Tuhan, iaitu iman yang telah dipupuk sejak kecil. 

Selasa, 3 Mei 2016

Pasangan Yang Berdoa Bersama Kekal Bersama - Hasil Kajian


W. Bradford Wilcox dan Nicholas H. Wolfinger telah membuat kajian mengenai bagaimana iman Kristian telah membantu dua daripada etnik minoriti terbesar, bangsa Afrika dan Latin di Amerika Syarikat, yang paling terdedah kepada cabaran. Berikut ialah petikan daripada temubual antara Morgan Lee dari laman Christianity.com dengan W. Bradford Wilcox;