Memaparkan catatan dengan label Polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Polis. Papar semua catatan

Rabu, 3 Julai 2019

Keluarga Dan Kawan-Kawan Lancarkan Buku "Where Is Raymond Koh?"

Majlis pelancaran buku "Where I s Raymond Koh" di Petaling Jaya

KUALA LUMPUR, 3 Julai - Sebuah buku mengenai kehilangan paksa Raymond Koh telah dilancarkan hari ini oleh keluarga dan kawan-kawan pastor itu di pejabat Majlis Gereja-Gereja Malaysia di Petaling Jaya.

Selasa, 2 Julai 2019

Bekas Pegawai Polis Tarik Diri Daripada Pasukan Khas Siasat Kehilangan Paksa

Mokhtar Mohd Noor

PETALING JAYA: Bekas ketua bahagian perundangan polis Mokhtar Mohd Noor menarik diri secara sukarela daripada Pasukan Petugas Khas (PPK) bagi menyiasat kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat, selepas seminggu dilantik dan menerima kritikan meluas.

Khamis, 27 Jun 2019

Isteri Amri Pertikai Keanggotaan Pasukan Petugas



PETALING JAYA: Isteri kepada aktivis Perlis, Amri Che Mat, yang hilang pada November 2014, memberi amaran seorang anggota pasukan petugas yang ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan suaminya berpotensi berdepan percanggahan kepentingan.

Rabu, 26 Jun 2019

Pasukan Petugas Khas Siasat Amri Dulu


Pasukan petugas khas yang ditubuhkan Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat kes membabitkan Amri Che Mat terlebih dahulu sebelum diikuti kehilangan paderi Raymond Koh.

Bekas Hakim, Abd Rahim Akan Ketuai Pasukan Khas Siasat Laporan Suhakam Berkait Kehilangan Paksa

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin dengan Abdul Rahim Uda (dua dari kanan)
yang telah dilantik untuk mengetuai pasukan petugas khas menyiasat kehilangan paksa

PUTRAJAYA: Kerajaan melantik bekas hakim Mahkamah Tinggi, Abd Rahim Uda mengetuai pasukan petugas khas untuk menyiasat penemuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mendakwa Cawangan Khas Bukit Aman terbabit dalam kehilangan paksa Pastor Raymond Koh dan aktivis, Amri Che Mat.

Selasa, 25 Jun 2019

Ahli Pasukan Khas Siasat Laporan Suhakam Atas Kehilangan Paksa Dilantik Minggu Ini


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata pelantikan ahli pasukan petugas khas untuk menyiasat penemuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang Cawangan Khas Bukit Aman terbabit dalam kehilangan paksa Pastor Raymond Koh dan aktivis, Amri Che Mat.“Saya akan lantik ahlinya dalam sehari dua…dan nama mereka akan diumumkan kemudian,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Jabatan Imigresen di sini, hari ini.

Jumaat, 24 Mei 2019

Putrajaya Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kehilangan Pastor Koh, Amri Che Mat


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa atau pasukan petugas khas bagi menyiasat laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkaitan “kehilangan paksa” Pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat.

Ahad, 28 April 2019

Sekitar Upacara Sembahyang Agama Kristian Sempena Hari Polis Ke-212 Di Gereja St Anthony, Kuala Lumpur


HARI POLIS KE-212: UPACARA SEMBAHYANG AGAMA KRISTIAN MENGEKALKAN KESEJAHTERAAN WARGA PDRM
Kuala Lumpur, 28 April 2019 – Satu upacara Sembahyang Agama Kristian bersempena dengan sambutan Hari Polis Ke-212 bagi mengekalkan kesejahteraan, kejayaan dan keselamatan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diadakan di Gereja St. Anthony, Jalan Robertson, di sini, pagi tadi.

Rabu, 24 April 2019

Suhakam Pertahan Inkuiri Selepas Polis Nafi Terbabit Culik Amri



PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata pihaknya tidak bertindak di luar kebiasaan dalam mengeluarkan laporan berhubung kehilangan Amri Che Mat, selepas polis menafikan pihaknya terbabit dalam kehilangan aktivis Perlis itu.

Tiada Pegawai Cawangan Khas Terbabit Culik Amri, Kata Ketua Polis Negara



PETALING JAYA: Polis hari ini menafikan Cawangan Khas Bukit Aman terbabit dalam kehilangan aktivis Perlis, Amri Che Mat, susulan kesimpulan dibuat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia selepas inkuiri selama 18 bulan.

Ahad, 7 April 2019

Polis Akan Beri Kerjasama Siasat Kehilangan Raymond, Amri, Kata Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun


KAJANG: Polis akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan berhubung dakwaan bahawa Cawangan Khas Bukit Aman terlibat dalam kehilangan paksa paderi Raymond Koh dan aktivis sosial, Amri Che Mat.