Memaparkan catatan dengan label Saat Teduh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saat Teduh. Papar semua catatan

Isnin, 26 Ogos 2024

Mengapakah Saya Boleh Bersarapan Tetapi Tidak Bersaat Teduh?


Saat Teduh adalah waktu peribadi kita dengan Tuhan dalam doa dan Firman. Kita boleh adakan Saat Teduh pada waktu pagi, petang atau malam. Ada orang yang suka lakukan pada waktu pagi, dan ada yang suka lakukan pada waktu malam.

Selasa, 31 Disember 2019

Jumaat, 14 Jun 2019

Kanak-Kanak Yang Dibesarkan Pergi Ke Gereja Akan Lebih Bahagia Bila Dewasa, Menurut Kajian


Satu kajian baru dari Jurusan Kesihatan Awam Harvard telah menyelidiki kesihatan mental dan kesejahteraan jasmani kanak-kanak dan remaja yang telah dibesarkan dengan amalan agama dan rohani dan mendapati banyak faedahnya. 

Rabu, 9 Januari 2019

5 Langkah Mudah Untuk Memulakan Saat Teduh


Saya sering bertemu orang yang ingin memulakan saat teduh harian, tetapi tidak pasti bagaimana melakukannya. Ianya tidak sebegitu rumit seperti yang kita fikirkan. Perkara yang paling utama adalah melakukan sesuatu, tetapi seandainya anda adalah salah seorang yang ingin melakukannya tetapi tidak pasti bagaimana...

Jumaat, 4 Januari 2019

10 Soalan Penting Untuk Ditanya Sambil Kita Memulakan 2019


Apabila setahun berakhir, saya selalu mengambil masa untuk menilai apa yang Tuhan telah lakukan dalam hidup saya. Saya merayakan detik-detik penting dengan melihat foto-foto, mengenang kembali dan mencatitkan detik-detik yang terbaik. Kemudian saya akan meratapi kekalahan-kekalahan saya. Saya juga dengan teliti memikirkan kesilapan yang telah saya lakukan dan bagaimana saya dapat bertumbuh secara rohani pada tahun mendatang.

Jumaat, 6 April 2018

Mengapa Anda Patut Meluangkan Masa Bersendiri


Pernahkah anda mendambakan waktu untuk bersendiri dalam dunia yang penuh kesibukan ini? Pada hari ini kita dihubungkan 24/7 melalui media sosial, emel, mesej teks dan banyak lagi, oleh itu kita perlu menciptakan ruang peribadi secara sengaja.

Sabtu, 1 Julai 2017

7 Sebab Aku Berdoa Setiap Hari


Oleh Bob Hostetler:

Penulis dan apologis (pembela iman) Kristian yang agung, C.S. Lewis secara terkenal mengatakan ini, "Aku berdoa kerana aku tidak dapat tolong diri sendiri. Aku berdoa sebab aku perlu pertolongan. Aku berdoa sebab keperluanku nyata dalam diriku setiap waktu, semasa sedar dan semasa tidur. Ianya tidak memgubahkan Tuhan, ianya mengubahkan aku."

Aku boleh mengaminkan itu! Aku berdoa untuk sebab-sebab itu. Dan lebih lagi.

Sabtu, 31 Disember 2016

2017 - Menjejaki Hari Baru Dengan Hati Baru

  
Tahun yang lama sudah tiba penghujungnya, kita akan memasuki Tahun Baru dalam masa beberapa jam lagi. Apakah harapan dan impian anda untuk Tahun Baru?

Selasa, 8 November 2016

"30 Minit Yang Telah Mengubah Sebuah Kehidupan"


Oleh Bill Hybels:

Seorang eksekutif pengiklanan datang bercakap dengan saya selepas kebaktian, dan dia baru saja menjadi Kristian, saya telah membaptisnya di gereja, dan dia berkata, "Saya tidak dapat mencari masa untuk pertemuan dengan Tuhan. Kamu tidak tahu bagaimana keadaannya menaiki pengangkutan awam ke pusat bandar setiap hari, kamu hidup dalam keadaan yang berbeza. Saya tidak dapat memuatkan perkara ini dalam hidup saya."

Jumaat, 27 Mei 2011

Menyiram Bunga Di Rumah Ayah


Bunga Orkid

        Ayah dan ibuku telah pergi tinggal bersama adik perempuanku untuk beberapa bulan. Sementara itu, aku telah diberi tugas menyiram bunga di rumah bapaku yang letaknya beberapa kilometer dari rumahku. Ayah suka menanam pokok bunga. Bunga orkid menjadi kegemarannya.

Selasa, 26 April 2011

Bahagia Dalam Senyap

Oleh Julie Hadden, The Guideposts, April 19, 2011


        Buku The Power of Positive Thinking (Kuasa Pemikiran Positif) oleh pengasas majalah Guideposts, Dr. Norman Vincent Peale pertama diterbitkan pada 1953 dan baru-baru ini, aku terbaca bahawa buku itu telah mencapai jualan lebih kurang 26 juta naskah di seluruh dunia.
        Tidaklah menghairankan bahawa buku ini penuh dengan pengertian yang cukup bermakna dan yang masih sesuai untuk hari ini.
        Aku mahu menumpukan pada satu aspek buku ini pada minggu ini sebab ianya telah membawa makna yang besar kepadaku, terutama pada hari-hari kebelakangan ini. Konsepnya ialah mengadakan amalan harian yang meluangkan masa untuk tidak berbuat apa-apa selain senyap. Nasihat Dr. Peale ialah untuk mengadakan 15 minit yang langsung tidak  diganggu sebarang kebisingan. Dengan tanpa mencuba mengatur fikiranmu. Dengan tanpa membaca. Dengan tanpa menulis. Cuma mendengar saja.