Memaparkan catatan dengan label Kanak-Kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kanak-Kanak. Papar semua catatan

Rabu, 19 Februari 2020

5 Sebab Mengapa Kanak-Kanak Harus Selalu Ada Dalam Kebaktian Umum


Oleh Tamera Kraft:

Di manakah kanak-kanak harus berada kebanyakan waktu semasa di gereja? Saya fikir ada sebab-sebab yang penting mengapa kanak-kanak harus selalu berada di kebaktian umum gereja kita.

Saya seorang pendukung gereja kanak-kanak, dari dulu lagi. Adalah penting untuk mengadakan kebaktian kanak-kanak yang menarik bagi kelompok umur mereka atas pelbagai sebab. Namun begitu, ada suatu pergerakan di banyak gereja hari ini untuk selalu mengasingkan kanak-kanak daripada orang dewasa. Walaupun kanak-kanak harus ada gereja kanak-kanak di mana mereka belajar dan menyembah Tuhan, mereka juga perlu selalu berada dalam kebaktian umum dengan keseluruhan jemaat.

Rabu, 16 Oktober 2019

Gal Gadot Akan Bintangi Filem Mengenai Wanita Kristian Yang Selamatkan 2,500 Kanak-Kanak Yahudi Dari Tangkapan Nazi


Gal Gadot akan kembali ke layar perak lagi tetapi kali ini dia akan memainkan peranan Wanita Menakjubkan yang lain - seorang aktivis Poland yang membahayakan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan 2,500 kanak-kanak Yahudi dari tangkapan Nazi.

Ahad, 7 April 2019

VeggieTales Akan Kembali Dengan Episod-Episod Baru


Sudah rasmi: Episod-episod baru VeggieTales sedang diusahakan dan beberapa suara yang kita biasa dengar akan kembali. Phil Vischer dan Mike Nawrocki - pencipta-pencipta siri itu yang menjadi suara Bob the Tomato dan Larry the Cucumber - akan terlibat dalamnya. 

Khamis, 17 Ogos 2017

Heidy Quah Menerima Anugerah Pemimpin Muda Ratu Elizabeth - Atas Inisiatif Pendidikan Bagi Kanak-Kanak Pelarian


KUALA LUMPUR: Heidy Quah baru berusia 18 tahun ketika dia menawarkan bantuan secara sukarela mengajar Bahasa Inggeris di Pusat Pendidikan Kanak-Kanak Chin, sebuah sekolah untuk kanak-kanak pelarian, sementara menunggu surat tawaran penerimaan ke kolej.

Isnin, 24 Julai 2017

Lebih 1.3 Juta Bukan Warganegara Malaysia Di Sabah: Pensyarah


Kota Kinabalu: Lebih separuh daripada 2.6 juta bukan warganegara Malaysia termasuk orang-orang pelarian, yang tidak berdokumen, tidak bernegara dan pekerja-pekerja pendatang asing yang tinggal di negara ini berada di Sabah.

Jumaat, 28 April 2017

Lelaki Ini Telah Selamatkan 669 Kanak-Kanak Daripada Kem Nazi. Dia Tidak Menyedarinya, Tapi Dia Sedang Duduk Dengan Mereka.

Pembunuhan beramai-ramai orang-orang Yahudi merupakan penghapusan bangsa yang paling diketahui dalam seluruh sejarah manusia. Dalam usaha radikalnya untuk menghapuskan semua orang Yahudi dan mencipta satu "bangsa yang terulung", Jerman Nazi pimpinan Adolf Hitler telah membunuh lebih daripada 6 juta orang Yahudi, dan anggaran sejumlah 11 juta orang dalam masa 12 tahun.

Sabtu, 2 April 2016

Suara Yang Menyelamatkan Kanak-Kanak Di Bawah Bas


Dalam edisi Oktober/November untuk Mysterious Ways tahun lepas, seorang pembaca telah memberitahu kisah ini: 

Rabu, 27 Januari 2016

Selasa, 26 November 2013

Filem "Heaven Is For Real" Akan Mula Ditayangkan Pada April 2014; Treler Filem Dikeluarkan Oleh Sony Pictures (Video)

Greg Kinnear (kiri) memain peranan sebagai Todd Burpo (ayah) dan
Connor Corrum (kanan) memain peranan sebagai Colton Burpo (anak)
dalam filem "Heaven is for Real" yang akan ditayangkan pada April 2014

Penggambaran ke skrin yang dinanti-nantikan dari buku bestseller Todd Burpo, Heaven is for Real: A Little Boy's Astounding Story of His Trip to Heaven and Back, akan ditayangkan di panggung wayang pada Hari Kebangkitan Yesus yang akan datang, pada 16 April 2014. Sedutan babak daripada filem tesebut, yang mengisahkan mengenai pengalaman hampir kematian yang dilaporkan telah membawa seorang kanak-kanak berusia tiga tahun bertemu dengan Yesus Kristus, telah diedarkan (lihat treler filem di bawah). 

Sabtu, 13 April 2013

Hari 4/14 Sedunia - Berdoa Untuk Kanak-Kanak Sedunia

Suatu perikatan antarabangsa sejuta orang Kristian, yang dikenali sebagai Gerakan Jendela 4/14, akan bersatu dalam doa di enam benua pada Ahad ini. Misi mereka: berdoa untuk kanak-kanak dalam "Jendela 4/14."

Jendela 4/14 itu merujuk kepada semua kanak-kanak yang berusia antara 4 hingga 14 tahun. Semasa dekad, atau "jendela" itu, kebanyakan kanak-kanak pada kumpulan umur ini akan membentuk dasar moral dan rohani mereka.

Hari 4/14 Sedunia adalah hari doa yang diadakan secara tahunan bagi kanak-kanak sedunia," kata Steve Karges, pengasas dan presiden Children's Ministry International, Inc., dan penyelaras acara itu. "Fokus doa kami pada hari Ahad ialah untuk kanak-kanak yang terbiar, terdedah dan tersesat secara rohani, dan kami mengundang orang-orang Kristian di setiap tempat untuk menyertai gerakan ini dan berdoa.

Khamis, 4 Oktober 2012

"Nyatanya Syurga" - Kisah Seorang Anak Kecil Ke Syurga

Buku "Heaven is for Real" (Nyatanya Syurga)
Sebuah cerita yang luar biasa dan indah, bagaimana perjalanannya ke syurga dan kembali lagi. Colton, yang belum berusia empat tahun, memberitahu orangtuanya bahwa ia meninggalkan tubuhnya semasa pembedahan. Dia berbicara tentang mengunjungi syurga pada Mac 2003 dan menyampaikan cerita orang-orang yang dia temui di surga yang tidak pernah dia temui di hidupnya, menceritakan kejadian yang terjadi sebelum dia lahir. Dia juga mengejutkan orangtuanya dengan gambaran dan perincian mengenai syurga tepat seperti gambaran Alkitab meskipun dia belum mempelajarinya.

Berikut ini bacalah terjemahan daripada artikel laman Jawaban.com "Ketika Anak Umur 3 Tahun Melihat Sorga" bertarikh 26 April 2011;

Colton Burpo pada usia 3 tahun
lima bulan (pada Oktober 2002)
anak kecil yang bersemangat

Anak berumur tiga tahun ini sangat cerdas dan menawan hati, namanya Colton Todd Burpo. Namun di usianya yang sangat muda itu, maut hampir saja menjemputnya.

“Ia mulai muntah-muntah di tandas, dan mulanya kami fikir virus di perut kerana kata doktor memang sedang terjadi saat itu,” kata ayahnya, Todd Burpo.

Tapi keadaan Colton semakin buruk dalam beberapa hari kemudian. Doktornya kemudian menemukan ternyata usus apendiks anak itu sudah pecah, dan infeksinya telah menyebar ke seluruh tubuhnya.

Khamis, 15 Disember 2011

Tahukah Anda... Alkitab Kanak-Kanak Telah Diterbitkan?


Tahukah anda bahawa Alkitab Kanak-Kanak telah diterbitkan oleh Wawasan Penabur baru-baru ini? Alkitab ini ternyata cantik dan menarik bagi kanak-kanak. Ianya setebal lebih 400 muka surat penuh warna meliputi kisah dan peristiwa utama dari Kejadian sampai ke Wahyu.

Jumaat, 3 Jun 2011

Syurga Itu Nyata (Mimpi Seorang Anak)

Diceritakan oleh Samuel (umur 9 tahun);

Pada hari Ahad yang lepas (29 Mei 2011), saya tertidur di gereja. Semasa itu saya mendapat mimpi yang indah sekali.