Joni Eareckson Tada telah dilahirkan pada 1948 dan baru berumur 17 tahun ketika satu kemalangan semasa membuat penerjunan menyebabkannya lumpuh kesemua lengan tangan dan kakinya. Dia tenggelam dalam depresi, bergelut dengan fikiran untuk membunuh diri dan mulai meragui Tuhan.
Namun begitu Tuhan tidak pernah meninggalkannya. Tuhan telah mengangkatnya dari putus asanya yang mendalam dan dia menulis mengenai kasih rahmat Tuhan dan hidup baru yang dialaminya dalam Joni, autobiografinya pada 1976 yang menjadi bestseller.
Pada hari ini, dia adalah seorang penceramah, penulis dan artis yang disayangi, yang telah memberikan inspirasi kepada begitu ramai orang dengan kisahya mengenai kesetiaan Tuhan walaupun ketika peristiwa-peristiwa yang mengubah kehidupan, yang menyayat hati mengancam untuk mengalahkan kita.
Pada 1997, Joni telah menubuhkan Joni & Friends, suatu organisasi yang didedikasikan untuk "mempercepatkan pelayanan Kristian dalam komuniti kurang upaya," dan telah melayani ratusan ribu orang.
Joni telah menulis lebih daripada empat puluh buku dengan tajuk kurang upaya dan Kekristianan, telah merekod beberapa album, dan membintangi filem adaptasi kehidupannya.
Joni adalah teladan hidup yang menunjukkan kesetiaan Tuhan dan dia terus menjadi penyokong kuat untuk orang-orang kurang upaya. Anda boleh membaca lebih mengenai usaha baik yang dilakukan oleh Joni di www.joniandfriends.org.
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Guideposts "9 Inspiring Lives of Faith - Joni Eareckson Tada")
Buku "Joni" yang menjadi bestseller |