Memaparkan catatan dengan label Kayan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kayan. Papar semua catatan

Rabu, 27 Mac 2024

Pembunuhan Reverend John Wilfinger


Misionari-misionari Australia yang dipimpin oleh Charles Hudson Southwell mulai menembusi Sarawak menerusi kawasan pedalaman Lawas pada akhir 1920an untuk memulakan sebuah gereja manakala misionari-misionari Amerika meneroka ke Kerayan pada 1930an untuk menubuhkan sebuah Sekolah Alkitab di Belawit yang kini dikenali sebagai Berian Baru.

Tersentuh dengan kasih para misionari untuk orang-orang di kawasan bukit, orang-orang Lun Bawanglah yang menyahut cabaran untuk mengubah gaya hidup pagan mereka untuk menjadi pengikut-pengikut yang komited Borneo Evangelical Mission (BEM). Orang-orang Lun Dayeh juga menurut serta dan menjadi penginjil-penginjil pelbagai denominasi seperti Gereja Khemah Injil Indonesia (GKII).

Suatu mukjizat sedang terjadi di kalangan umat yang dulunya kuat dalam penyembahan iblis dan pengorbanan kanak-kanak telah dikisahkan dalam banyak buku-buku yang ditulis oleh penginjil-penginjil yang telah disambut baik oleh komuniti kawasan tanah tinggi itu.

Jumaat, 2 Jun 2017

3,000 Orang Dijangka Hadir Acara Ulangtahun Ke-70 Bangsa Kayan Masuk Kristian


MIRI: Kira-kira 3,000 orang Kayan dari Baram dan juga bahagian-bahagian lain di negeri ini dan Kalimantan, Indonesia dijangka akan berkumpul di Long Atip pada 5-7 Jun untuk merayakan ulangtahun ke-70 masyarakat Kayan masuk Kristian (denominasi Borneo Evangelical Mission). 

Rabu, 29 Jun 2016

"Light In The Sarawak Jungle" - Kisah Bagaimana Injil Tersebar Di Kalangan Orang-Orang Kayan


"Kisah epik bagaimana Injil telah tersebar di kalangan orang-orang Kayan dan bagaimana Alkitab telah diterjemahkan ke dalam bahasa mereka." - Leah Cubit.

Buku "Light in the Sarawak Jungle" telah diterbitkan dan tak lama lagi boleh didapati daripada SIB/BEM Miri. Ianya dikisahkan oleh misionari Leah Cubit (Pendita Ubong) yang telah tinggal selama 27 tahun di kalangan orang-orang Kayan di Tutoh, kawasan Apoh, Sarawak dari tahun 1950. Dia adalah penterjemah utama Alkitab Kayan.