Memaparkan catatan dengan label Asang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asang. Papar semua catatan

Khamis, 1 Mac 2018

Bangunan Gereja SIB Taginambur, Kota Belud Telah Siap Dibina Dan Dirasmikan Pada 1983

SIB Taginambur (Foto dari FB Janne Jane Nathanielsz)

Bangunan Gereja SIB Taginambur tersergam indah di Kampung Taginambur, 16 km dari pekan Kota Belud, Sabah  Bangunan gereja itu telah siap dibina dan dirasmikan pada 31 Mac 1983 oleh YB Yapin Gimpoton, Pembantu Menteri Tenaga Rakyat dan Pembangunan Alam Sekitar. 

Sabtu, 2 April 2016

Buku "Pergilah Timur (Cerita Asang dan Suku Dusun)"


Buku mengenai Trevor White, misionari dari England yang dipanggil untuk melayani orang-orang Dusun di Sabah telah diterbitkan. Kisah mengenai Trevor White ini telah dicerita semula oleh Evelyn Tan Hwee Yong. Beginilah sipnosis di kulit belakang buku tersebut:

Khamis, 30 Julai 2015

Orang British Berjiwa Dusun

Keratan akhbar New Sabah Times bertarikh 24 Julai 2015

RANAU: Ramai orang tempatan dan generasi muda pada masa kini yang tidak mengenali sejarah kampung yang telah dimajukan pada 60-an oleh individu bukan warga tempatan yang terletak di Kampung Bongkud, di sini. 

John Trevor White, yang dipanggil nama Asang Ating diberi oleh penduduk Kampung Taginambur, yang bermaksud 'cerah' kerana banyak memberi sumbangan dan harapan tinggi kepada penduduk kampung yang telah beliau naik tarafkan.