Pada tahun 2013, pelakon British, David Suchet sedang
menjalani penggambaran episod TV terakhir sebagai Hercule Poirot, iaitu
detektif Belgium kegemaran Agatha Christie, penulis novel jenayah. Dia juga
membintangi pertunjukan pentas ketika dia memainkan “watak paling utama dalam
hidupnya.” Antara projek-projek tersebut, dia merakam versi audio seluruh
Alkitab bahasa Inggeris, daripada kitab Kejadian hingga Wahyu dengan 752,702
patah perkataan selama lebih daripada 200 jam.