Memaparkan catatan dengan label Lee Strobel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lee Strobel. Papar semua catatan

Sabtu, 2 April 2022

Lee Strobel Menyiasat Mengenai Kehidupan Selepas Maut Dalam Buku "The Case For Heaven" Yang Kini Dijadikan Filem


Pengarang Kristian, Lee Strobel telah menjadikan misinya untuk mencari bukti kehidupan selepas maut selepas mengalami krisis kesihatan 10 tahun yang lalu yang telah membawanya ke ambang maut. 

Dan misi penyiasatannya telah mendedahkan kes-kes yang mengejutkan yang menyakinkannya akan kebenaran pengalaman-pengalaman hampir maut dan bukti-bukti syurga dan bumi.

"Saya hampir mati 10 tahun yang lalu. Isteri saya menjumpai saya dalam keadaan pengsan. Dia memanggil ambulans. Saya masih ingat bangun di bilik kecemasan dan memandang kepada doktor, " Strobel memberitahu Faithwire, CBN. "Dia memandang saya dan berkata, 'Kamu satu langkah dari koma, dan dua langkah dari maut.'"

Strobel meneruskan, "Jadi saya bertahan di antara hidup dan maut di situ untuk beberapa waktu. Saya mengidap suatu keadaan yang jarang terjadi dipanggil hyponatremia, iaitu kejatuhan teruk tahap darah-sodium saya."

Pengarang "The Case for Christ" itu mengambil keputusan memulakan perjalanan mencari bukti yang menyokong gagasan bahawa wujud kehidupan selepas maut." Dia menceritakan perjalanan penyiasatannya dalam filem baru "The Case for Heaven" yang akan ditayangkan di pawagam pada 4-6 April menerusi Fathom Events (filem itu juga berdasarkan bukunya).

Lee Strobel dan bukunya, The Case for Heaven

"Sebagai seorang Kristian, saya percaya akan kehidupan selepas maut, tetapi pada waktu yang sama saya memiliki sisi skeptikal saya," katanya. "Latarbelakang saya ialah kewartawanan dan perundangan, jadi saya cenderung mempersoalkan perkara-perkara."

Perjalanan itu menjadikan Strobel terkejut, khususnya mengenai data-data yang telah direkod dan dikaji dengan teliti mengenai pengalaman hampir maut.

"Saya betul-betul terkejut dengan bukti-bukti pengalaman hampir maut. Saya dulunya skeptikal mengenainya," katanya. "Saya fikir ianya hanya adalah kerana kekurangan oksigen dalam otak yang menyebabkan halusinasi atau yang seperti itu. Apa yang saya dapati ialah terdapat lebih daripada 900 kajian sarjana mengenai pengalaman hampir maut yang diterbitkan dalam jurnal sains dan prubatan sepanjang 50 tahun yang lepas."

Strobel berkata dia sepenuhnya sedar mengenai kisah-kisah palsu yang pernah orang ceritakan, oleh itu dia menumpukan fokusnya kepada dakwaan-dakwaan yang boleh dibuktikan, dengan menggunakan latarbelakangnya dalam kewartawanan dan perundangan untuk mengesahkannya. 

"Saya mahu kes-kes di mana orang melihat atau mendengar perkara-perkara yang mereka tidak mungkin lihat atau dengar kecuali mereka mengalami pengalaman keluar dari tubuh yang tulen," katanya.

Pengarang itu berkongsi contoh kegemarannya mengenai seorang wanita bernama Maria yang mati di hospital sebelum dibangunkan semula. Dakwaannya selepas itu amat menarik sekali. 

"Wanita itu berkata kemudian, 'Saya dalam keadaan sedar sepanjang waktu. Saya melihat usaha-usaha untuk membangunkan saya kembali yang mereka lakukan ke atas tubuh saya. Roh saya seperti sedang terapung-apung di bilik hospital itu, dan kemudian roh saya terapung keluar dari hospital,'" Strobel menceritakan kembali kisah itu. "Dan bila wanita itu dapat dibangunkan kembali, rohnya kembali ke dalam tubuhnya, dan dia berkata, 'Oh ya, ada satu belah kasut tenis lelaki di atas bumbung hospital, dan ianya berwarna biru tua, kasut sebelah kiri, dan sedikit kesan terpakai di tempat jari kelingking kaki dan tali-tali kasut itu terlipat di bawah kasut." 

Keterangan yang kedengaran pelik itu disiasat, dan tentu saja, penerangan Maria mengenai kasut misteri di atas atap itu tepat sekali, meskipun hakikatnya dia dilaporkan tidak pernah secara fizakal melihat tempat itu.  

"Dalam buku saya dan filem ini, kami merekodkan kes-kes ini," kata Strobel. "Dan saya fikir ianya luar biasa sekali."

Treler Filem "The Case For Heaven"

(Diterjemahkan daripada artikel CBN News, bertajuk, "'My Spirit Was... Floating': Woman Nearly Dies and What She Sees Before Being Revived Shocks Lee Strobel" yang ditulis oleh Billy Hallowell bertarikh 31 Mac 2022)


Jumaat, 27 April 2018

Mukjizat Nyata Yang Benar-Benar Mengejutkan Penginjil, Mantan Atheis Ini


Pengarang dan penginjil Lee Strobel adalah dulunya seorang atheis yang bertugas sebagai editor hal-ehwal perundangan di Chicago Tribune sebelum memulakan perjalanan untuk menguji dan menidakkan kepercayaan Kristian - usaha yang sebaliknya telah membawanya memeluk iman itu. 

Strobel, yang kisah peribadinya telah diceritakan dalam filem Pure Flix, buku dan dokumentari bertajuk The Case for Christ, kini telah menerbitkan The Case for Miracles, sebuah buku penyiasatan baru yang berdasarkan fakta, temubual dan kajian untuk lebih lagi menyelidik hal-hal rohani.

Selasa, 18 April 2017

4 Sebab Anda Mesti Tonton Filem "The Case For Christ"


The Case for Christ kemungkinannya sudah mula ditayangkan di beberapa pawagam kegemaran anda sejak hujung minggu lepas (di Amerika Syarikat, di Malaysia belum ditayangkan). 

Jumaat, 10 Februari 2017

Inilah Trelernya "A Case For Christ" Berdasarkan Buku Lee Strobel


Ya, karya pembelaan iman oleh Lee Strobel, A Case for Christ akan dijadikan filem. Pada awal hari ini USA Today melancarkan treler untuk filem itu, yang menceritakan kisah Strobel yang berusaha menunjukkan dakwaan-dakwaan bersejarah oleh Kekristianan adalah salah - suatu projek yang membawanya menjadi Kristian dan kepada buku itu sendiri.

Selasa, 29 Mac 2016

Lee Strobel - Wartawan Ateis Yang Menyiasat Kebangkitan Yesus

Lee Strobel telah menuliskan kisah penyiasatannya dalam buku "The Case For Christ"

Oleh Lee Strobel:

Itu adalah berita paling buruk bagi saya sebagai seorang ateis: isteri saya yang agnostik telah mengambil keputusan menjadi Kristian. Dua perkataan melayang di fikiran saya. Yang pertama ialah kata kesat; yang kedua ialah "bercerai."

Saya fikir dia akan menjadi seorang yang akan berubah menjadi seorang yang fanatik agama dan menganggap dirinya lebih suci daripada orang lain. Tetapi dalam bulan-bulan yang berikutnya, saya menjadi sangat hairan dengan perubahan-perubahan positif dalam karakter dan nilai hidupnya. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan kemahiran saya dalam kewartawanan dan perundangan (pada waktu itu saya adalah editor perundangan untuk Chicago Tribune) dan menyiasat secara tersusun samada agama Kristian dapat dipercayai. 

Rabu, 23 Mac 2016

2 Tahun Selidiki Kebangkitan Yesus, Ateis Ini Jadi Kristian


Lelaki berlatar belakang wartawan ini adalah seorang ateis, namun mengambil keputusan memulakan projek menyelidiki kebangkitan Yesus. Namanya adalah Lee Strobel, dia melakukan itu bukan kerana rasa ingin tahunya namun untuk menidakkan agama Kristian kerana waktu itu isterinya baru saja bertaubat dan percaya Yesus. Namun bukannya membuat isterinya menyangkal imannya, malah sebaliknya Strobel yang bertaubat dan percaya Yesus. Apa yang dia temukan selama dua tahun menyelidiki Yesus dengan dibantu oleh para pemimpin agama dan ahli sejarah?