Memaparkan catatan dengan label Ratu Elizabeth II. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ratu Elizabeth II. Papar semua catatan

Selasa, 20 September 2022

'Kita Akan Bertemu Lagi': Baca Khutbah Penuh Bishop Besar Canterbury di Kebaktian Pengebumian Ratu Elizabeth


Sambil jutaan orang di sekeliling dunia menyaksikan pengebumian Ratu Elizabeth II, Bishop Besar Canterbury, Justin Welby menyatakan dalam khutbahnya bahawa "sedikit saja pemimpin menerima pencurahan kasih sayang seperti yang kita saksikan" untuk Baginda.

Welby menyatakan juga bahawa Ratu itu telah mengatakan, "kita akan bertemu lagi" sewaktu siaran awamnya semasa penutupan dan penyekatan COVID-19 pada 2020, dan orang-orang yang meratapinya yang "mengikuti teladan dan inspirasi iman dan kepercayaan Ratu pada Tuhan" dapat mengatakan hal yang sama. 

"Perkhidmatan semasa hidup, pengharapan dalam kematian," dia berkata di Westminster Abbey pada hari Isnin. 

Baca seluruh khutbahnya di sini:

Selamat Tinggal, Ratu Elizabeth

Keranda Ratu Elizabeth dibawa dari Westminster Hall
ketika upacara pengebumian di London (Foto AP)

LONDON: Britain mengucapkan selamat tinggal kepada Ratu Elizabeth II hari ini dalam upacara pengebumian yang dihadiri pemimpin dunia, disusuli perarakan penuh adat melalui jalan raya London.

Ribuan orang berhimpun untuk menyaksikan keranda diliputi bendera, dengan hiasan diraja termasuk Mahkota Imperial State, dibawa dalam perarakan penuh adat dari Westminster Hall, di mana baginda ditempatkan untuk penghormatan terakhir sejak Rabu lalu.

Jumaat, 16 September 2022

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke UK Beri Penghormatan Terakhir Kepada Ratu Elizabeth II


SEPANG: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, berangkat ke United Kingdom (UK), London bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 September lalu.

Lawatan khas Al-Sultan Abdullah bagi memenuhi jemputan rasmi kerajaan UK selama enam hari bermula hari ini, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Rabu, 14 September 2022

Gereja-Gereja Akan Menyiarkan Siaran Langsung Pengkebumian Diraja Ratu Elizabeth


Dengan London yang penuh sesak dengan orang, sesetengah gereja di sekeliling negara sedang bersiap sedia untuk mengalu-alukan orang ramai untuk menonton bersama-sama pengebumian diraja Ratu Elizabeth.

Tempat-tempat awam seperti gereja-gereja akan dibenarkan menyiarkan siaran langsung pengebumian diraja Ratu pada hari Isnin tanpa syarat lesen TV seperti kebiasaannya.

Selasa, 13 September 2022

Detik Mengharukan Ketika Satu Sinaran Matahari Terpancar Ke Atas Keranda Ratu Elizabeth; Foto Menjadi Viral


Satu sinaran tunggal matahari yang terpancar dari langit telah dirakam oleh kamera memancar ke atas keranda Ratu Elizabeth II dalam satu perarakan yang membawa jenazahnya ke Katedral St. Giles di Edinburgh.

Ratusan ribu orang dapat dilihat membarisi jalan-jalan sewaktu perarakan yang dipimpin oleh Raja Charles III itu, dalam usaha mengucapkan selamat tinggal terakhir mereka kepada monarki yang paling panjang tempoh perkhidmatannya dalam sejarah.

Jumaat, 9 September 2022

Pelangi Muncul Di Istana Windsor, Istana Buckingham

Pelangi muncul ketika orang ramai berkerumun di luar Istana Buckingham
selepas pengumuman kemangkatan Ratu Elizabeth II

LONDON: Hari ini, jutaan rakyat United Kingdom (UK) berkabung selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Bukan sahaja di UK, bahkan di negara lain, ribuan orang berkumpul sebagai tanda menzahirkan takziah kepada keluarga diraja itu.

Dalam kesedihan dengan pemergian Ratu Elizabeth II, kehadiran pelangi di beberapa lokasi di UK termasuk di Istana Windsor sedikit-sebanyak 'mewarnai' hati rakyat UK yang sedang suram.

Ratu Elizabeth II Mangkat Pada Usia 96 Tahun


LONDON: Ratu Elizabeth II, monarki Britain yang paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu, mangkat pada usia 96 tahun.

Istana Buckingham, dalam satu kenyataan ringkas, memaklumkan kemangkatan baginda dan bermulanya tempoh berkabung selama 10 hari, ketika seluruh dunia mengucapkan takziah dan mengimbau kembali kegemilangan pemerintahan baginda.

Khamis, 4 Ogos 2022

Dunia Dalam 'Keperluan Besar' Untuk Kasih Tuhan, Ratu Elizabeth Memberitahu Bishop-Bishop


Ratu Elizabeth telah menghantarkan salam mesranya kepada ratusan bishop yang menghadiri Persidangan Lambeth di Canterbury, Kent.

Dalam perutusannya, Ratu Elizabeth, yang adalah Gabenor Agung Church of England, berkata persidangan itu sedang dijalankan pada waktu "terdapat keperluan besar untuk kasih Tuhan - dalam perkataan dan dalam tindakan" sambil dunia keluar dari pandemik.

Rabu, 17 Oktober 2018

Cuba Teka... Siapa Yang Saya Temui Di London?


Pada minggu lepas, saya sempat mengunjungi London semasa mengikuti kursus pendek di sana. 

Saya sempat melawat beberapa lokasi tarikan pelancong di ibu kota England itu. antaranya Big Ben, Tower Bridge, Buckingham Palace dan lain-lain lagi.

Selasa, 26 April 2016

10 Perkara Menarik Yang Dikatakan Ratu Elizabeth Mengenai Tuhan

Ratu Elizabeth II, pemerintah sistem beraja paling lama England

Ratu Elizabeth telah merayakan harijadinya yang ke-90 pada minggu lepas. Baginda merupakan pemerintah sistem beraja yang paling lama dalam sejarah negaranya, dan pernah bertemu dengan 12 presiden Amerika Syarikat. 

Ratu Elizabeth tidak pernah menyembunyikan iman Kristiannya yang kuat. Sempena perayaan harijadinya yang ke-90, Mark Greene menyampaikan 10 kutipan kata daripada ucapan-ucapannya yang terkenal.