Ratusan ribu orang dapat dilihat membarisi jalan-jalan sewaktu perarakan yang dipimpin oleh Raja Charles III itu, dalam usaha mengucapkan selamat tinggal terakhir mereka kepada monarki yang paling panjang tempoh perkhidmatannya dalam sejarah.
Imej itu kelihatan menunjukkan satu sinaran cahaya memancar dari langit sejajar dengan kenderaan jenazah berwarna hitam yang membawa keranda Ratu.
Foto itu diambil sebagai sebahagian daripada perarakan yang diketuai oleh Charles III dengan tiga adiknya, yang menyaksikan seorang pemain tunggal peniup seruling dari Balmoral yang membawa muzik ratapan, sambil Baginda Ratu dibawa dari Istana Holyroodhouse di mana Baginda telah dibaringkan.
Sambil lagu kebangsaan dimainkan, keranda itu telah diletakkan dengan cermat ke dalam kenderaan jenazah, disaksikan oleh Raja Charles III dan adik-adiknya yang ternyata penuh emosi, Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward, yang kemudiannya berarak dengan sugul untuk 1,200 ela di belakang ibu kesayangan mereka.
Detik yang simbolik itu adalah yang kedua dalam suatu rentetan tanda-tanda berikutan pengumuman kemangkatan Baginda Ratu, rentetan yang pertama muncul dalam bentuk pelangi berkembar ke atas Istana Buckingham beserta satu lagi pelangi di Istana Windsor.
Pelangi muncul di Istana Buckingham selepas pengumuman kemangkatan Ratu Elizbeth II
Pelangi muncul ketika orang ramai berkerumun di luar Istana Buckingham selepas pengumuman kemangkatan Ratu Elizabeth II |
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Daily Mail yang ditulis oleh Aneetha Bhole bertarikh 13 September 2022)