Saya tahu ada banyak rancangan bacaan Alkitab yang ada di pasaran, kebanyakannya percuma, yang boleh digunakan termasuk yang tersedia secara online. Saya fikir semua rancangan itu baik.
Cuma saya sendiri sukar untuk secara konsisten membaca mengikut pelbagai program bacaan Alkitab dalam setahun yang sedia ada.
Tambah lagi saya tahu bahawa kita perlu membaca lebih kurang 3 atau 4 fasal setiap hari untuk habis membaca Alkitab dalam setahun.
Jadi, apabila saya terhenti membaca untuk tiga hari umpamanya, saya akan ketinggalan bacaan sebanyak 10 fasal, dan perlu mengejar balik bacaan yang tertinggal uutuk menyelesaikan bacaan Alkitab dalam setahun.
Baru-baru ini saya telah meletakkan matlamat baru untuk diri saya, yang mungkin lebih bersesuaian dengan saya. Saya meletakkan matlamat membaca satu fasal Alkitab dalam sehari. Ini tentunya bererti saya tidak akan selesai membaca seluruh Alkitab dalam setahun, tetapi matlamat saya bukanlah itu. Matlamat saya adalah untuk membaca Alkitab setiap hari, dan saya rasa saya lebih mudah meletakkan sasaran 1 fasal dalam sehari daripada meletakkan sasaran yang lebih tinggi yang saya tidak dapat lakukan secara konsisten.
Terdapat 1,189 fasal dalam Alkitab (929 di Perjanjian Lama dan 260 di Perjanjian Baru). Jika saya membaca 1 fasal dalam sehari, saya akan selesai membaca seluruh Alkitab dalam 3 tahun dan 3 bulan! Dan jika sekali-sekala saya membaca lebih dari 1 fasal sehari, saya akan mengurangkan tempoh bacaan saya. Sekali lagi, matlamat saya bukan untuk selesai membaca seluruh Alkitab dalam setahun tetapi untuk membaca Alkitab setiap hari sebagai amalan yang sihat dan membina kehidupan rohani saya.
Nota: Ini adalah mengenai rancangan atau program bacaan Alkitab saya. Ini tiada berkenaan dengan bacaan Alkitab yang saya lakukan semasa Saat Teduh. Semasa Saat Teduh, saya suka hanya membaca satu perikop atau petikan Alkitab sahaja dan merenungkannya, dan kemudian mencatit apa yang saya pelajari dari situ. Program bacaan harian Alkitab ini adalah program yang berasingan dari Saat Teduh yang saya jalankan.
(Oleh kerana saya hanya membaca satu perikop atau satu petikan Alkitab sahaja untuk Saat Teduh, saya fikir adalah amat sesuai saya gandingkan itu dengan rancangan Bacaan 1 Fasal Alkitab dalam sehari, sebagai pelengkap kepada Saat Teduh saya).
Jadi blog saya yang ini adalah untuk diri saya sebenarnya, untuk merekod dan menjejak prestasi bacaan saya dan untuk melihat samada saya dapat menjalankan rancangan bacaan saya.
Saya telah mulakan bacaan saya dengan Kisah Para Rasul pada 10 Jun 2022 dan selesai membaca pada 11 Julai 2022. Dan kemudian saya telah membaca Kejadian dari 12 Julai sehingga 8 September. Esok saya akan mula bacaan dari Kitab Keluaran.
12 Sep - Keluaran 1
13 Sep - Keluaran 2
14 Sep - Keluaran 3
15 Sep - Keluaran 4
16 Sep - Keluaran 5
17 Sep - Keluaran 6
18 Sep (Ahad) - Tiada bacaan
19 Sep - Keluaran 7
20 Sep - Tiada bacaan
21 Sep - Tiada bacaan
22 Sep - Keluaran 8
23 Sep - Keluaran 9
24 Sep - Keluaran 10-11
26 Sep - Keluaran 12
27 Sep - Keluaran 13
28 Sep - Keluaran 14
29 Sep - Keluaran 15
30 Sep - Keluaran 16
1 Okt - Keluaran 17
2 Okt (Ahad) - Tiada bacaan
3 Okt - Keluaran 18
4 Okt - Keluaran 19
5 Okt - Keluaran 20
6 Okt - Keluaran 21
7 Okt - Keluaran 22
8 Okt - Keluaran 23
9 Okt (Ahad) - Tiada bacaan
10 Okt - Keluaran 24
11 Okt - Tiada bacaan
12 Okt - Keluaraa 25
13 Okt - Keluaran 26
14 Okt - Tiada bacaan
15 Okt - Tiada bacaan
16 Okt (Ahad) - Tiada bacaan
17 Okt - Keluaran 27
18 Okt - Keluaran 28
19 Okt - Tiada bacaan
20 Okt - Keluaran 29
21 Okt - Keluaran 30
22 Okt - Keluaran 31
23 Okt (Ahad) - Tiada bacaan
24 Okt - Keluaran 32
25 Okt - Keluaran 33
26 Okt - Keluaran 34
27 Okt - Tiada bacaan
28 Okt - Keluaran 35
29 Okt - Tiada bacaan
30 Okt (Ahad) - Tiada bacaan
31 Okt - Keluaran 36
1 Nov - Keluaran 37
2 Nov - Keluaran 38
3 Nov - Keluaran 39
4 Nov - Tiada bacaan
5 Nov - Keluaran 40