![]() |
| Soh Wooi Yik dan Aaron Chia menang beregu lelaki Kejohanan Badminton Dunia 2022 |
Strategi itu berjaya!
Kemenangan 21-19, 21-14 ke atas juara dunia tiga kali,
Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia akhirnya menamatkan badi beregu
utama lelaki negara, Aaron
Chia-Soh Wooi Yik, untuk menawan kejuaraan dunia pada Kejohanan Badminton
Dunia 2022, di Tokyo, pada Ahad.
Pencapaian itu menamatkan penantian 45 tahun peminat badminton tanah air untuk menyaksikan wakil negara meraih gelaran juara dunia, selain menjadi hadiah cukup istimewa kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2022 yang bakal disambut 31 Ogos ini.


