Polis Sabah akan menasihati kerajaan negeri agar penganjuran
konsert penyanyi antarabangsa Israel Houghton ditangguhkan buat masa ini
sekiranya permohonan rasmi berkaitan acara itu dikemukakan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun berkata pendirian itu mengambil kira reaksi orang ramai serta sensitiviti masyarakat berhubung penganjuran konsert berkenaan ketika ini.







