Isnin, 11 Februari 2019

Di Anugerah Grammy 2019, Lauren Daigle Menang Besar Dengan "You Say" dan "Look Up Child"


Anak jati Lafayette, Lauren Daigle, 27, telah memenangi Anugerah Grammy 2019 dalam kedua-dua kategori di mana dia telah dicalonkan - Persembahan/Lagu Muzik Kristian Kontemporari Terbaik untuk "You Say," yang telah ditulis bersama Jason Ingram dan Paul Mabury, dan Album Muzik Kristian Kontemporari Terbaik untuk "Look Up Child."

Tahun yang cukup menarik bagi Daigle. 

Albumnya kini adalah No.1 di carta Kristian Billboard untuk 18 minggu berturut-turut. Sementara itu, lagunya, "You Say" telah menghabiskan lebih banyak masa sebagai No. 1 di carta muzik Kristian itu berbanding mana-mana lagu dalam sejarah. 



Peminat-peminat muzik Kristian kontemporari telah lama melaungkan Daigle sebagai salah satu suara terbaik dalam bidang itu; kini dunia selebihnya sedang mula memberi perhatian, membandingkan suaranya dengan pemenang Grammy, Adele.

Ini menandakan kemenangan Grammy yang pertama untuk Daigle; dia sebelum ini telah dicalonkan pada 2016 dan 2017. "Look Up Child" adalah album ketiganya, berikutan "How Can It Be" (2015) dan "Behold: A Christmas Collection" (2016). 



Kejayaan muzik Daigle telah membawa kemunculannya di "Good Morning America," "The Tonight Show With Jimmy Fallon" dan "The Ellen DeGeneres Show" di mana dia telah mencetuskan kontroversi dengan enggan mengecam amalan homoseks sebagai dosa, dengan mengatakan ada orang-orang yang disayanginya yang merupakan homoseksual.

(Dipetik daripada artikel The Acadiana Advocate bertajuk, "At 2019 Grammys, Lafayette Native Lauren Daigle Wins Big With 'You Say'. 'Look Up Child'" bertarikh 10 Februari 2019)