Selasa, 12 Februari 2019

"Saya Mengenali Diri Sebagai Anak Tuhan": Bintang 'Black Panther' Letitia Wright Ucapkan Di Majlis Anugerah BAFTA


Pelakon Letitia Wright, salah seorang daripada bintang filem besar 2018, "Black Panther", telah memberi satu ucapan yang menarik dan penuh iman malam tadi selepas menerima anugerah "Rising Star" (Bintang Harapan Baru) di British Academy Film Awards (BAFTA). 

"Saya mengenali diri sebagai anak Tuhan, dan saya tidak boleh berdiri di sini tanpa mengucapkan terima kasih kepada Tuhan," Letitia mengumumkan dengan rendah hati selepas mengambil tempat di pentas.

Wright seterusnya bersifat terbuka dengan hadirin dan berkongsi mengenai pergelutannya dengan depresi yang hampir membuatnya berhenti berlakon.

"Beberapa tahun yang lalu, saya mendapati diri saya dalam keadaan depresi dan saya benar-benar ingin berhenti berlakon," kata pelakon muda itu. "Satu-satunya yang telah membawa saya keluar dari itu adalah Tuhan, iman saya dan keluarga saya, dan suatu emel daripada BAFTA meminta saya menjadi sebahagian daripada BAFTA Breakthrough Brits."

"Saya berfikir, 'Biarlah saya mencuba lagi,'" Wright menjelaskan detik kunci dalam karirnya. 


Selepas "Black Panther" menjadi filem kedua paling tinggi jualan untuk pembukaan empat hari dalam sejarah perfileman ($242 juta), kejayaan besar Wright melancarkannya ke status bintang, tetapi dia menyedari bahawa kebangkitannya menjadi mashyur "bukanlah kejayaan dengan hanya memetik jari."  

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah mengatakan 'ya' kepada saya, yang memberi saya kesempatan, yang melihat bakat saya dan melihat apa yang Tuhan telah letakkan dalam saya, dan berkata 'ya,'" katanya, sebelum menyampaikan satu mesej mendorong yang diinspirasikan iman kepada para pendengar. 

"Saya ingin mendorong orang-orang muda. Sebenarnya anda tak perlu muda, apapun usia anda, saya ingin mendorong anda - sesiapapun yang sedang melalui keadaan yang sukar... atau sesuatu dalam jiwa mereka atau mereka telah hilang cahaya mereka, saya ingin mendorong anda bahawa Tuhan yang telah menciptakan anda dan anda berharga. Mungkin ada sesetengah orang di sini sedang melalui depresi, yang sedang melalui waktu yang sukar, dan anda masih memberi senyuman di wajah, dan tiada seorang yang menyedari keadaan anda - tetapi anda mengetahuinya, dan Tuhan mengetahuinya. Dan saya hanya mahu mendorong anda, dan saya cuma ingin katakan bahawa Tuhan mengasihi anda, dan biarlah cahaya anda bersinar."
"Ini sungguh bererti bagi saya, anda semua memberi inspirasi kepada saya," Wright menutup dengan berkata. "Anda semua telah begitu banyak memberi inspirasi kepada saya, oleh itu Tuhan memberkati anda. Terima kasih Yesus, terima kasih, terima kasih."




(Diterjemahkan daripada artikel Faith It bertajuk, "'I Identify Myself As A Child of God': 'Black Panther' Star Letitia Wright Delivers God-Inspired Awards Speech" yang ditulis oleh Kelsey Straeter bertarikh 11 Februari 2019)