Memaparkan catatan dengan label Yusuf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yusuf. Papar semua catatan

Ahad, 19 Jun 2022

Peranan Yusuf Sebagai Seorang Bapa


Beberapa tahun yang lepas, ketika membuat persiapan untuk khutbah Hari Bapa, saya terfikir tentang Yusuf, ayah Yesus. Saya mula-mulanya menolak idea itu sebab saya fikir tidak banyak disebut mengenai Yusuf sebagai seorang bapa. 

Dalam Alkitab, jauh lebih banyak disebut mengenai Maria, ibu Yesus berbanding dengan suaminya, Yusuf. Oleh itu saya benar-benar berfikir bahawa tidak ada banyak maklumat mengenai peranan Yusuf sebagai seorang bapa. Namun begitu, apabila saya menyelidiki Firman Tuhan, saya mendapati Yusuf telah memainkan empat peranan dalam kehidupan anaknya, Yesus.

Selasa, 9 Mei 2017

3 Pelajaran Dari Yusuf: Berjalan Dalam Tujuan Tuhan Bagi Kita


Salah satu lelaki kegemaran saya dalam Alkitab adalah Yusuf.

Saya suka Yusuf sebab dia menunjukkan iman kuat di tengah-tengah pencubaan dan kesukaran besar dalam jalan menuju tujuan hidupnya. Banyak yang dapat kita pelajari mengenai proses menghidupi tujuan kita melalui kisah Yusuf. 

Isnin, 26 Disember 2016

Pagi Yang Selepasnya...

Itu adalah pagi yang selepasnya. Orang-orang majus telah pun memulakan perjalanan pulang yang jauh. Para gembala telah kembali menjaga domba-domba di padang. Langit sunyi semula. Yusuf dan Maria, yang telah menerima amaran daripada malaikat, keluar dengan senyap dari kampung, untuk mencari perlindungan di Mesir, untuk melepaskan diri daripada keberangan Herodes yang teramat marah, ketika dia mendapat tahu bahawa orang-orang majus telah memperdayakannya.