Pada malam tadi. saya menonton filem dokumentari mengenai Mesin Kod Enigma yang menjadi bahagian penting dalam Perang Dunia Kedua. Pihak Jerman yang menggunakan Mesin Enigma percaya mesin itu yang mencipta secara rambang kod rahsia dengan berbilion kemungkinan adalah mustahil dipecahkan kodnya.
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Isnin, 3 November 2025
Rabu, 3 Januari 2024
2024 - Melupakan Yang Lama dan Melakukan Yang Baru?
Saya sering terfikir mengenai ayat dari Filipi 3:13-14 ketika tahun baru, "... tetapi satu perkara kulakukan: Melupakan segala yang
di belakang dan cuba mendapatkan segala yang di hadapan, aku
terus berusaha ke arah matlamat...."
Rabu, 22 Mac 2023
Aku Hanya Dapat "One Thing, One Place at One Time"
Aku Hanya Dapat "Satu Perkara, Satu Tempat pada Satu Masa"
Di media sosial dan di mana-mana saja anda akan membaca mengenai filem "Everything, Everywhere All At Once" yang telah memenangi 7 anugerah Oscar baru-baru ini termasuklah Oscar untuk pelakon wanita terbaik bagi Michelle Yeoh, yang berasal dari Ipoh, Malaysia.
Aku bukan menulis mengenai filem itu. Yang aku nak tulis adalah mengenai suatu mimpi yang aku alami beberapa tahun yang lepas.
Selasa, 23 Ogos 2022
Selangkah Demi Selangkah, Setiap Langkah Bersama Yesus
Oleh: Si Domba Putih:
Bagaimanakah aku dapat melupakan malam itu?
Aku sedang berjalan ke arah gerai-gerai makan di kawasan Sabindo di Tawau. Aku berjalan melepasi kedai Top Shop dan sekarang di jalan yang sunyi di belakang kedai itu.
Isnin, 15 Ogos 2022
Aku Akan Melindungi Engkau, dan Aku Akan Membawa Engkau Kembali ke Negeri Ini
Oleh Si Domba Putih:
Aku masih ingat bertahun lalu, setelah habis pengajian di kolej, aku sedang bersedia untuk mengambil penerbangan merentasi Laut China Selatan untuk pekerjaan tetap pertamaku.
Rabu, 30 Mac 2022
Ketika Ayah Mertuaku Memberi Persepuluhan
Aku menyayangi mendiang ayah mertuaku. Dia seorang yang suka bercerita. Dia sering bercerita mengenai masa kecilnya ketika negara di bawah penjajahan Jepun. Pada waktu itu mereka semua perlu belajar Bahasa Jepun dan menyanyi lagu-lagu Jepun di sekolah. Dia masih ingat sekerat dua lagu Jepun yang telah dipelajarinya.
Selasa, 8 Mac 2022
Pelajaran Yang Penting Daripada Mentari, Bumi dan Bulan!
Kita semua tahu bahawa bumi berputar mengelilingi matahari, manakala bulan pula berputar mengelilingi bumi. Itulah yang telah kita belajar dari mata pelajaran sains sewaktu di bangku sekolah.
Dalam sekolah kehidupan pula, Tuhan telah mengajarku sesuatu mengenai pelayanan daripada mentari, bumi dan bulan.
Sabtu, 12 Februari 2022
Seorang Pelayan Restoran Yang Matanya Tertuju Kepada-Ku
Aku sedang memikirkan hal ini pada suatu hari. Aku bimbang bahawa kesibukanku akan membuat aku hilang fokus dalam kehidupan.
Tiba-tiba tanpa disangka aku mendapat suatu penglihatan dari Tuhan.
Jumaat, 28 Januari 2022
Fokus Yang Membawa Kejayaan
Hari ini saya berhadapan dengan pelbagai kerja dan tugasan. Sehingga terfikir dalam benak saya - seperti orang yang berhutang di sekeliling pinggang, saya pula sedang berhadapan pelbagai tugasan di sekeliling pinggang. Saya tak dapat fikir yang mana harus dilakukan dahulu.
Rabu, 7 April 2021
Saya Bermimpi Ambil Peperiksaan!
Peperiksaan bukanlah sesuatu yang paling disukai orang, namun itulah yang saya mimpikan beberapa hari lepas.
Dalam mimpi itu, saya sedang menjawab soalan peperiksaan di sebuah dewan yang kecil. Saya melihat penyelia peperiksaan tersenyum di hadapan saya. Wajahnya mirip seorang yang saya kenal.
Jumaat, 1 Januari 2021
Khamis, 31 Disember 2020
10 Artikel Paling Popular Di Blog Domba2Domba Tahun 2020
Tahun 2020 sudah sampai penghujungnya. Tibalah masanya untuk
menilai kembali artikel-artikel yang paling popular di blog domba2domba sepanjang
tahun 2020! Dari Januari ke Disember, kami telah memuatkan 133 artikel berkaitan
kehidupan Kristian dalam pelbagai bentuk - berita, kesaksian, pengajaran dan
lain-lain.
Selasa, 30 Jun 2020
Sabtu, 27 Jun 2020
Perkara-Perkara Kecil: Mengapa Anda Harus Merayakan Kemenangan-Kemenangan Kecil Dalam Hidup
Khamis, 4 Jun 2020
Kita Perlukan Kedua-Duanya: Firman Tuhan dan Kuasa Tuhan
Saya sangat tertarik dengan catitan seorang pastor yang saya baca di Facebook semalam.
Khamis, 21 Mei 2020
Pengakuan Semasa PKP - Aku Berlambat Bawa Persepuluhanku
Oleh Si Domba Putih:
Aku ada satu pengakuan – sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan
yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menghentikan wabak Covid-19, aku telah
berlambat membayar persepuluhanku.
Khamis, 23 April 2020
10 Artikel Paling Popular (Sempena Ulang Tahun Ke-9)
Khamis, 20 Februari 2020
Hidupmu Istimewa!
Jam di dinding sudah 12.30 tengahari. Aku ke bilik tidur menyalin pakaian untuk keluar beli makanan bagi anak-anak di rumah. Aku berlutut berdoa sekejap di bilik sebelum keluar.
"Hidupmu istimewa!" begitulah kata-kata yang tercetus dalam fikiranku sambil aku memandu keretaku keluar rumah. Kata-kata itu seperti suatu inspirasi baru daripada Tuhan. Kehidupanku sungguh istimewa! Hidup setiap orang di muka bumi sungguh istimewa! Setiap orang unik dan istimewa. Tidak ada dua yang sama di dunia.
Selasa, 31 Disember 2019
10 Artikel Paling Popular Di Blog Domba2Domba Tahun 2019
Tahun 2019 sudah dekat penghujungnya. Tibalah masanya untuk menilai kembali artikel-artikel yang paling popular di blog domba2domba sepanjang tahun ini! Dari Januari ke Disember, kami telah memuatkan 237 artikel berkaitan kehidupan Kristian dalam pelbagai bentuk - berita, kesaksian, pengajaran dan lain-lain.
Selasa, 5 November 2019
Langgan:
Catatan (Atom)
















