Memaparkan catatan dengan label Artikel 5 Bintang 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel 5 Bintang 2015. Papar semua catatan

Ahad, 13 Disember 2015

Sejarah 7 Lagu Karol Krismas Yang Sering Didengar

Natal dikhususkan untuk merayakan kelahiran Sang Juruselamat, Yesus Kristus yang telah lahir ke dunia menjadi manusia. Saat Natal menjelang, kita akan sering mendengar lagu Natal. Lagu tersebut akan dinyanyikan ketika di gereja, ataupun di rumah.

Melalui artikel ini Menginspirasi.com akan mengajak anda mengenal 7 lagu Natal yang sering diputar. Anda siap? Berikut adalah lagu-lagu tersebut:

Koir Anderson School, Jakarta menyanyikan :Jingle Bells"

Isnin, 12 Oktober 2015

Julita Manik dan Lagu "Indonesia Bagi Kemuliaan-Mu"

Julita Manik, penyanyi dan penulis lagu Indonesia

Kesaksian Julita Manik mengenai dirinya dan lagu "Indonesia Bagi Kemuliaan-Mu" ini telah dipetik dan diterjemah dari profail Julita di blognya (julitamanik.blogspot.com).

Oleh Julita Manik:

Hai... Saya seorang penulis lagu Kristian (dan juga seorang penyanyi), tetapi sebenarnya saya lebih suka dikenali sebagai seorang penyembah. Menamatkan pengajian dari Institut Pangajian Bandung, dengan major dalam Kejuruteraan Industri.

Selasa, 6 Oktober 2015

Bapa Yang Kekal (Kisah Di Sebalik Lagu)


Jemaat di gereja kami suka sekali menyanyikan lagu "Bapa Yang Kekal." Lagu ini yang dituliskan oleh Julita Manik, seorang penyanyi dan penulis lagu dari Indonesia, telah menjadi sangat popular dan telah dirakam dalam lebih 40 album (dan masih ada yang meminta untuk dirakam dalam album). Berikut ini adalah kisah di sebalik lagu "Bapa Yang Kekal" yang diceritakan sendiri oleh Julita Manik menerusi blognya;

Sabtu, 26 September 2015

Tracy Trinita, Supermodel Indonesia Masuk Kristian Jadi Pastor

Tracy Trinita sebagai seorang model (Gambar dari laman Facebooknya)

Bekas supermodel Tracy Trinita masuk Kristian, meninggalkan industri itu untuk belajar di Oxford dan menjadi seorang pastor. Dia kini menjelajah dunia untuk menyebarkan Injil. 

Sabtu, 29 Ogos 2015

Pelancaran Album BM "Coming Back" Oleh SIB KL Lake City

Baris depan dari kiri ke kanan: Ricky Sutanto, Cilivella Jamious, dan Pastor Kenny Tham

Oleh Pastor Kenny Tham:

Sebagai Senior Pastor SIBKL Lake City, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuhan atas kejayaan menerbitkan album pertama kami bertajuk "Coming Back," Kami memuji Tuhan untuk album sulung ini kualitinya yang tinggi, penyusunan muzik yang baik, dan adunan suara yang pelbagai.

Rabu, 1 Julai 2015

Gereja Sabah Dipuji Kerana Buka Kawasan Letak Keretanya Untuk Pengunjung-Pengunjung Bazar Ramadan

Gereja Church of Mary Immaculate di Kota Kinabalu membuka kawasan letak keretanya
kepada pengunjung-pengunjung bazar Ramadan yang bersebelahan dengannya

KOTA KINABALU, 30 Jun - Sebuah gereja Katolik di sini telah mengizinkan kawasan meletak keretanya untuk digunakan oleh pengunjung-pengunjung bazar makanan bersebelahan yang diadakan untuk bulan suci Ramadan orang-orang Muslim. 

Selasa, 30 Jun 2015

Kesaksian Asmirandah, Artis Indonesia

Asmirandah Zantman, artis Indonesia

Berita mengenai Asmirandah berpindah agama sudah tersebar di masyarakat Indonesia. Pada mulanya khabar mengenai Asmirandah pindah agama masih tidak jelas, namun setelah ada pengesahan dan video kesaksian Asmirandah, berita ini sudah ternyata benar, bukan lagi sekadar spekulasi.

Isnin, 29 Jun 2015

Rev Franklin Graham Membidas Keputusan Mahkamah Agung Amerika Membenarkan Perkahwinan Sama Jantina

Rev. Franklin Graham

Rev. Franklin Graham telah memberi reaksi dalam laman Facebook terhadap keputusan kelebihan 5-4 undi Mahkamah Agung pada Jumaat lepas membenarkan perkahwinan sama jantina di 50 negeri di Amerika Syarikat. 

Sabtu, 20 Jun 2015

Kesaksian Peribadi Johnny Lever, Raja Lawak Bollywood

Johnny Lever, Raja Lawak Bollywood

Johnny Lever - Ikon Humor Bollywood, Raja Komedi, Charlie Chaplin Junior, khazanah India untuk negara, Aslam bhai yang sangat berbakat - begitulah beberapa kata-kata yang digunakan untuk merujuk kepada Johnny Lever. Telah berlakon dalam lebih 300 filem, dia adalah pemilik 2 anugerah Filmfare yang berprestij.

Pada hari ini, Johnny adalah salah satu ahli komedi yang paling dihormati dan berpendapatan tinggi dalam industri filem India. Johnny berkongsi mengenai kebahagiaannya mengenali Kristus dalam satu temuramah eksklusif dengan CBN India. 

Rabu, 17 Jun 2015

Asal Usul Kaum Dusun Di Sabah


Menurut sumber akademik, terdapat 5 teori mengenai asal usul kaum Dusun di Sabah.

(1) Pertama, kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara (T.R. Williams: 1965). Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazan-Dusun.

Khamis, 21 Mei 2015

Kisah Di Sebalik Lagu "Mamarayou Oku Kinorohingan"


Pernahkah anda mendengar lagu Mamarayou oku Kinorohingan? Ya, saya pasti anda pernah, malahan anda mungkin sudah pun menyanyikannya berkali-kali. Lagu Dusun ini sangat popular di Sabah dan sering dinyanyikan dalam acara-acara kebudayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga di gereja-gereja.

Tahukah anda siapa penulis asal lagu ini, dan dalam keadaan apa lagu ini telah ditulis?

Isnin, 4 Mei 2015

Kesaksian Vaness Wu: "Tuhan Telah Mengubah Hidupku"

Vaness Wu

Vaness Wu adalah anggota F4 yang popularitinya melonjak naik menerusi drama bersiri Meteor Garden. Semenjak menjadi Kristian dia menunjukkan prinsipnya tanpa ragu-ragu dalam dunia hiburan. Pada suatu kali semasa perfileman drama di Perancis terdapat satu adegan ranjang dengan rakan pelakon Lynn Xiong. Vaness menyatakan rasa tidak selesanya dan akhirnya adegan itu diganti.

Sabtu, 2 Mei 2015

Ketika Jaguh Tinju Manny Pacquiao Melihat Malaikat Dan Mendengar Suara Tuhan

Jaguh Tinju Manny Pacquiao (Gambar dari video Fox News)

Dia membesar dalam keadaan miskin di Filipina dan mula bekerja pada usia yang muda untuk menyara ibunya setelah ibubapanya berpisah. Pada usia 14 tahun dia mula bertinju, dan makin meningkat sehingga memenangi 10 kejuaraan dunia. Tetapi pengakuan iman yang berani dalam Yesus Kristus dari pemegang kejuaraaan welterweight WBO ini yang membezakannya dari yang lain.

"Tuhan ada sesuatu tujuan," dia memberitahu Fox News. "Dia telah membawaku kembali ke dalam Kerajaan-Nya untuk memakaiku untuk memuliakan nama-Nya, supaya orang akan tahu bahawa ada Tuhan yang boleh membangkitkan seseorang dari tiada apa-apa kepada sesuatu."