Memaparkan catatan dengan label AVB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AVB. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Oktober 2020

Hebat! Aplikasi Alkitab Yang Berikan Bacaan AVB Diiringi Filem Injil


Pada waktu dahulu, kita hanya memiliki Alkitab dalam bentuk buku. Namun hari ini, terdapat banyak aplikasi Alkitab yang menyediakan pembacaan dari seluruh Alkitab.

Isnin, 28 Ogos 2017

Pengguna Awal AVB Di Bandar Ipoh


Dilaporkan oleh Rev. Richard Leow Kok Khuen:

"Pada tahun 2017 ini, kami membuat suatu keputusan demi masa depan anak-anak kami yang lebih fasih dalam Bahasa Malaysia daripada Bahasa Indonesia - kami menggunakan Alkitab Versi Boneo."

Jemaah BM, Gereja Methodist Canning Garden, Ipoh, Perak terdiri daripada berbagai-bagai kaum. Sudah sekian lama, ahli-ahli kami yang terdiri daripada suku kaum Orang Asli Sengoi, suku-suku bangsa Sabah dan Sarawak, kaum Cina, kaum India serta warga Indonesia bersama-sama beribadat dengan menggunakan Alkitab Bahasa Indonesia.

Isnin, 21 Ogos 2017

AVB Edisi Khas Pelajar Akan Tiba Tak Lama Lagi - Bagaimana Anda Dapat Membantu


Oleh kasih kurnia Allah, Alkitab Versi Borneo (AVB) ingin menghubungkan Generasi Baru dan Akan Datang dengan Firman Tuhan dalam bahasa yang dekat di hati mereka. 

Khamis, 3 Ogos 2017

Dapatkan Applikasi Audio Percuma Untuk AVB Hari Ini!

Alkitab Versi Borneo (AVB) kini boleh didengar secara audio melalui applikasi Bible.is. Applikasi itu boleh dimuat turun secara percuma daripada kedua-dua Google Play dan App Store (untuk semua pengguna telefon dan gajet Android serta iPhone/iPad).

Khamis, 25 Mei 2017

Kunjungan Ke Kedai Buku Alpha & Omega Di Kota Belud


Pada Mac lepas, saya sempat mengunjungi Kedai Buku Alpha & Omega di Kota Belud, yang terletak kira-kira 69 km dari Kota Kinabalu. 

Sewaktu sampai di Kota Belud dengan menaiki bas, kawan saya sudah menunggu saya di stesen bas. Kami terus menelefon pemilik kedai Alpha & Omega untuk mengetahui lokasinya. Rupa-rupanya kedai itu dekat sahaja dari stesen bas. Ianya di tingkat satu, di atas kedai makan Hing Wang, berdekatan Bank Rakyat di bandar Kota Belud.

Ahad, 19 Februari 2017

Alkitab Versi Borneo (AVB) Edisi Ke-2 Sudah Di Pasaran!


1. ALKITAB VERSI BORNEO EDISI KE-2

Alkitab Versi Borneo Edisi Ke-2 kini boleh didapati dengan harga RM 40 (Harga boleh berbeza mengikut tempat jualan).

Isnin, 2 Januari 2017

Alkitab Versi Borneo (AVB) Kini Disediakan Dalam Laman Web!

Alkitab Versi Borneo merupakan terjemahan Alkitab yang penting dari segi sejarah, sebagai terjemahan formal yang pertama dalam Bahasa Malaysia. AVB kini tersedia dalam laman web - alkitabversiborneo.org .

Isnin, 26 September 2016

Applikasi Alkitab Versi Borneo Untuk iPhone Sudah Disiapkan!


Berita baik untuk para pengguna iPhone dan iPad!  

"Alkitab Versi Borneo - terbaharu, bermutu tinggi, dalam bahasa lancar dan menawan - kini tersedia untuk iPhone/iPad di Apple Store (iTunes).

Khamis, 23 Jun 2016

Sidang Injil Borneo Mengiktiraf Alkitab Versi Borneo (AVB)

Sidang Injil Borneo (SIB) menandatangan dokumen mengiktiraf Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dari kiri: Presiden SIB Sabah, Rev Datuk Jerry Dusing; Presiden BEM/SIB Sarawak,
Rev Dr Justin Wan; Presiden SIB Semenanjung, Rev Danil Raut.
(Foto: dari Facebook Rev Danil Raut)

Sidang Injil Borneo (SIB) telah secara rasmi mengiktiraf Alkitab Versi Borneo (AVB). 

Ketiga-tiga Presiden SIB/BEM (Sabah/Sarawak/Semenanjung) baru-baru ini telah menandatangan secara rasmi suatu dokumen menandakan penerimaan dan penggunaan Alkitab Versi Borneo (AVB) di dalam SIB/BEM. 

Ahad, 12 Jun 2016

Pelancaran Alkitab Versi Borneo (AVB) Di Semenanjung Malaysia

Acara penyampaian AVB dari pemimpin-pemimpin gereja Malaysia kepada generasi muda

Pelancaran Alkitab Versi Borneo (AVB) Di Semenanjung Malaysia

Alkitab Bahasa Malaysia yang baru, yang dikenali sebagai Alkitab Versi Borneo (AVB) adalah terjemahan formal yang telah mengambil masa lebih 15 tahun untuk disiapkan. Sejak permulaannya pada 1998, pasukan utama penterjemahnya telah mempunyai satu fokus yang jelas - untuk menghasilkan terjemahan Bahasa Malaysia yang berkualiti tinggi bagi pembaca-pembaca modern.

Isnin, 30 Mei 2016

Alkitab Versi Borneo (AVB) dan Jenis-Jenis Terjemahan Alkitab


Alkitab Bahasa Malaysia yang baru iaitu Alkitab Versi Borneo (AVB) telah diterbitkan baru-baru ini. Apakah Alkitab Versi Borneo itu dan apakah persamaan dan perbezaannya dengan terjemahan-terjemahan yang sebelumnya?

Sewaktu pelancaran AVB baru-baru ini, Rev Datuk Jerry Dusing, pengerusi Literature And Bible Network (LAB) yang telah menerbitkan Alkitab itu, telah menyebut mengenai dua jenis terjemahan Alkitab. Saya membuat sedikit penyelidikan di internet, dan mendapat maklumat tambahan mengenai dua jenis terjemahan utama yang digunakan untuk menterjemah Alkitab dari bahasa asal kepada bahasa tempatan.

Rabu, 25 Mei 2016

Cabaran AVB - Baca Buku Keluaran Dalam 12 Hari!


 Inilah Misi Anda: Operasi KELUARAN 

Cabaran untuk Misi Operasi Keluaran (AVB) sudah bermula!

(App AVB percuma untuk telefon Android boleh dimuat turun di sini).

Ahad, 1 Mei 2016

Doa Bapa Kami - Dalam 7 Versi Terjemahan


Berikut ialah "Doa Bapa Kami" dalam 7 versi terjemahan Alkitab Bahasa Malaysia dan Indonesia dari 1629 hingga 2016. (Ini bukanlah senarai penuh - memang terdapat lain-lain lagi versi terjemahan dari abad ke-17 hingga abad ke-21 yang tidak disenarai di sini). Yang dimuatkan di sini ialah beberapa terjemahan yang saya kira menarik untuk dikongsikan dengan para pembaca.

Rabu, 20 April 2016

Alkitab Versi Borneo (AVB) Sudah Diterbitkan!


Alkitab Versi Borneo sudah diterbitkan! Alkitab terjemahan baru ini telah dirasmikan dan dilancarkan oleh Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah, Reverend Datuk Jerry Dusing di Gereja Good News di Kota Kinabalu semalam. Rev. Datuk Jerry juga merupakan seorang pengasas Literature and Bible Network (LAB) yang telah mengambil insiatif untuk memimpin projek penghasilan Alkitab ini.