Isnin, 21 Ogos 2017

AVB Edisi Khas Pelajar Akan Tiba Tak Lama Lagi - Bagaimana Anda Dapat Membantu


Oleh kasih kurnia Allah, Alkitab Versi Borneo (AVB) ingin menghubungkan Generasi Baru dan Akan Datang dengan Firman Tuhan dalam bahasa yang dekat di hati mereka. 

Pernerbitan pertama 15,000 naskah Edisi Pelajar pada Januari 2017 telah ditaja oleh sebuah gereja di Petaling Jaya dan telah diedarkan sepenuhnya kepada pelajar-pelajar, samada secara percuma atau pada harga subsidi yang amat rendah. 

Ini adalah satu rayuan kepada Rakan-Rakan Kongsi untuk berdoa sambil menimbangkan mengenai sumbangan untuk mendanai penerbitan kedua 15,000 naskah Edisi Khas Pelajar AVB. Penerbitan akan bermula tidak lama lagi, untuk penghantaran pada November 2017. Penerbitan melibatkan kos USD 2.60 setiap naskah. 


Anda boleh memain peranan yang strategik untuk membantu menghubungkan satu generasi baru penutur Bahasa kepada Firman yang Hidup dalam Bahasa Malaysia. 

Anda boleh membantu menghubungi orang, mempromosikan atau mengedarkan Alkitab-Alkitab itu dengan apa cara pun.

Menyumbang suatu pemberian akan membantu kami memikul beban penerbitan Alkitab Pelajar AVB. Mereka yang berminat untuk menyumbang boleh menghubungi:

Pengerusi, LAB Network,
Lot 6, Ground Floor, HTM Industrial Estate Kolombong,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Pertanyaan Urusan:

En. Hedrew Sigar  Tel: 013-8627897  Emel: labnetworkoperation@gmail.com
Puan Tan Gam Kyee  Tel: 019-8995587  Emel: gamkyee@yahoo.com

Jawatankuasa Kerja LAB Network:


  • Pengerusi: Datuk Rev. Jerry Dusing (SIB)
  • Naib Pengerusi: Pr. Chin Chi Kiong  (Baptist)
  • Urusan: Pr. Ng Kee Chuan (SIB) & Mr. Hendrew Sigar (SIB)
  • Penyelidikan:  Rev. Herbert Tong (Anglican)
  • Pemasaran & Edaran: Puan Leong Tuan Ghee (Brethren)
  • Setiausaha:  Puan Tan Gam Kyee (Independent)
  • Ahli:  Puan LH Goh (Methodist)

(Diterjemah daripada artikel Alkitab Versi Borneo bertajuk, "Special Edition For A New Generation" bertarikh 19 Ogos 2017)